Header Ads

"Ibu saya meninggal dunia dua bulan lalu dan kini abang saya pula"-


Menurut Harian Metro, Gerian bukan sahaja hilang seorang abang tetapi juga kakak ipar dan anak saudara sekaligus. Abangnya, Rizal Gilang Sanusi Putra merupakan penumpang pesawat itu bersama isteri, Wita Seriani dan anak mereka, Kyara Aurine Daniendra Giwitri Putra.


Kyara, bayi perempuan berusia 15 bulan merupakan mangsa paling muda terkorban dalam tragedi tersebut. Keluarga kecil itu dikatakan melawat saudara mereka dekat Jakarta sebelum menaiki pesawat berkenaan untuk pulang.

Kepulangan mereka yang dinantikan ahli keluarga bertukar menjadi insiden menyayat hati selepas pesawat tu terhempas di Laut Jawa. Ketika kejadian, Gerian, 24, berada di rumahnya berhampiran Pangkal Pinang sebelum dengar tentang berita nahas pesawat tersebut.

Selepas mendapat tahu, dia akui cuba menenangkan diri dengan menyangka yang keluarga kecil tu menaiki penerbangan tengah hari. Katanya, Wita ada memberitahu yang mereka mahu beli belah di Jakarta.


Semuanya sudah ditakdirkan dan Gerian redha selepas membaca senarai nama penumpang pesawat tu melalui Whatsapp. Dia kemudian terus ke lapangan terbang dan menaiki penerbangan pertama ke Jakarta.

Sampai sekarang, Gerian masih keliru dan tidak berapa mengerti dengan apa yang berlaku selain turut meratapi insiden malang ni. Lebih sedih, dia baru saja kehilangan ibunya.

“Ibu saya meninggal dunia dua bulan lalu dan kini abang saya yang menjadi tulang belakang keluarga pula hilang.”


Di instagram sepupu Wita yang tinggal di Jakarta juga turut berkongsi perbualan terakhir mereka di Instagram. Menurut Rara, dia baru saja bertemu keluarga kecil tu ketika mereka berada di Jakarta. 



Sama-sama kita doakan untuk kesemua mangsa tragedi nahas pesawat ni…

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.