Header Ads

"Ibu bapa semua kena masuk pintu belakang. Pintu depan untuk VIP sahaja."


Dari perkongsian di Twitter, individu ini meluahkan rasa tidak puas hatinya ketika menghadiri majlis konvokesyen di sebuah universiti terkenal baru-baru ni. 

Semasa majlis tu berlangsung, tetamu terutamanya ibu bapa terpaksa beratur untuk memasuki dewan dengan menggunakan pintu belakang yang kecil, sempit dan berdekatan dengan longkang.



Lebih menyedihkan, pintu hadapan pulak hanya khas buat golongan VIP dan pensyarah sahaja.


Malah individu itu juga meluahkan rasa sedihnya apabila melihat golongan warga emas yang kebanyakannya sudah bertongkat, hidapi penyakit stroke dan berkerusi roda terpaksa lalu jalan yang sempit sebentar tadi.


Sudahlah kena berjalan dekat dengan longkang, kalau jatuh macam mana? Nak buat aduan pun individu tersebut tak sure dekat mana.


Kalau korang nak tahu beberapa hari lepas viral video ibu bapa yang hanya bekerja sebagai penarik beca diraikan oleh rektor universiti semasa hadir ke majlis konvokesyen anaknya. Tapi situasi yang berlaku di universiti di Malaysia ni lain sangat menurut netizen.


Diharapkan isu ni mendapat perhatian universiti terbabitlah supaya bahagian pihak pengurusan majlis lebih sensitif berhubung ibu bapa yang hadir ke majlis konvokesyen tersebut.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.