Header Ads

Gigih Demi Mencari Rezeki, Anak Ini Mampu Bertutur Dalam 10 Bahasa


Dua kanak-kanak dari Cambodia (Kemboja) viral di media sosial lepas seorang pelancong dari Malaysia bernama Venus GWC share kisah menarik budak-budak ni di Facebook.

Menurut Venus, minggu lepas dia telah berkunjung ke Siam Reap, Cambodia dan melawat kuil Ta Prohm di Angkor Wat. Dia situ dia telah bertemu dua orang budak istimewa dengan macam-macam kebolehan yang menakjubkan.

"(Budak) pertama merupakan Lisa, dia berusia 7 tahun dan menjual seruling bersendirian. Saya dekati dia dan bercakap dengannya. Dia beritahu yang dia pandai menyanyi sebuah lagu kucing terkenal di aplikasi Tik Tok. Kami rakam video dan bergembira," ceritanya.


Namun budak kedua yang dijumpai Venus lepas itu mempunyai kelebihan yang sangat membanggakan.


"Apa yang buat saya terkejut ialah budak lelaki ini sangat berbakat, dia boleh bertutur dalam lebih 10 bahasa. Dia bercakap dengan saya dalam Kantonis pada mulanya, kemudian dia beritahu berapa banyak bahasa yang dia boleh tuturkan. Dia memang WOW habislah!” puji Venus.


Dalam video tersebut, budak lelaki itu menunjukkan bakatnya bercakap dalam bahasa Perancis, Jepun, Kantonis, Mandarin dan Bahasa Melayu. Bila ditanya dari mana dia belajar semua bahasa ini, budak tu cakap dia hanya belajar dari pelancong yang datang ke situ. 


Ini senarai bahasa yang difahami budak lelaki tersebut:

Kantonis
Mandarin
Thai
Jepun
Korea
Perancis
Sepanyol
German
Tagalog
Bahasa Melayu

Ramai netizen mengikuti posting tersebut meluahkan rasa teruja dan pada masa yang sama simpati dengan kehidupan budak-budak tersebut. Mereka ini terpaksa mempelajari pelbagai bahasa demi mencari sumber rezeki.


Rupanya ada juga di kalangan netizen yang mengaku mereka pernah bertemu dengan kanak-kanak ni dua tahun lepas dan rupanya si bapa hanya bekerja sebagai pelukis untuk pelancong demi menampung kehidupan seharian.


Kagum betul dengan kegigihan budak-budak ni cari rezeki. Harap-harap kelebihan kanak-kanak ini menjadi sesuatu berguna untuknya di masa depan. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.