Header Ads

Gambar Dibalut Lilin Terpacak Atas Kubur Dipercayai Perbuatan Sihir


Semalam ada satu posting Facebook ni telah menarik perhatian netizen. Rupa-rupanya posting tu menunjukkan beberapa keping gambar sebuah keluarga yang dijumpai. Terdapat tiga keping gambar yang dijumpai, telah dikoyak dan diconteng dengan tulisan yang tidak difahami, dipercayai atas tujuan sihir.

Menurut individu yang menjumpai gambar tersebut berkata, dia jumpa semuanya tu dekat kawasan perkuburan di Alor Setar.

"Kami jumpa gambarnya dan keluarga dibalut dengan sebatang lilin setiap seorang, terpacak di atas perkuburan Kampung Alor Madi, Anak Bukit, Alor Setar."


Dalam 3 keping gambar itu, dua daripadanya adalah gambar wanita dan sekeping lagi gambar seorang lelaki. Ramai bercerita yang keluarga ini mungkin dikenakan sihir pemisah daripada bomoh siam.


Malah ada juga yang berkongsi pernah jadi mangsa perbuatan sihir daripada bomoh siam, tak kurang juga yang memberitahu bahawa kebiasaannya mangsa akan ambil masa yang lama untuk buang sihir daripada bomoh siam.

"Mak aku 10 tahun berubat penangan sami siam ni…"

"Mak saya sampai meninggal kerana sami siam ni, kes dengki sama-sama berniaga."

"Pakai bomoh siam, susah nak berubat kalau kena ni…"

"Ambik masa lama nak berubat kalo kena dgn tok sami siam… Ada yang sampai meninggal… Saya dah tengok kes ni berpuluh-puluh kali depan mata."

Ada juga netizen yang berpendapat bahawa tulisan itu bukan tulisan thai sebaliknya dari negara lain seperti Kemboja atau Myanmar.



Sumpah seram wei. Semoga kita semua dijauhkan dari perbuatan dengki dan khianat.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.