Header Ads

"Ehh pocong ke tu? Asal nampak pendek?" - Penampakan Misteri Di Bangunan Kosong UKM Buat Netizen Geli Hati


Adalah menjadi sesuatu kebiasaan sekiranya terdapat sesuatu penampakan entiti misteri yang muncul pada gambar yang ditangkap oleh seseorang lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Shahzwanie memuat naik sekeping foto bersama rakannya di hadapan sebuah bangunan kosong.


Gambar yang diambil di salah sebuah kolej penginapan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kolej Keris Mas itu menunjukkan terdapat satu penampakan misteri yang seakan-akan hantu pocong sedang berdiri di tepi tingkap bangunan kosong itu.


Namun demikian, apa yang menghiburkan warga Twitter yang lain adalah ketinggian entiti tersebut yang kelihatan sangat pendek berbanding dengan saiz hantu pocong yang normal. Ramai warga Twitter yang merasa terhibur lalu meninggalkan komen pada tweet tersebut.




Sebaliknya, ramai pengguna Twitter yang berpendapat bahawa sebenarnya bukanlah penampakan misteri itu yang menakutkan tetapi wajah gadis yang dalam foto tersebut yang menggerunkan sesiapa sahaja yang melihatnya.



Namun begitu, terdapat juga pengguna Twitter yang dapat merasakan bahawa entiti tersebut bukanlah hantu dan pasti ada orang yang sengaja meletakkan benda tersebut untuk menakut-nakutkan orang yang lalu-lalang di kawasan itu.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.