Header Ads

Drama Isteri Untuk Disewa Didakwa Merendahkan Martabat Wanita


Drama berjudul Isteri Untuk Disewa yang sedang ditayangkan di sebuah stesen televisyen telah membangkitkan isu apabila ada seorang pengguna Facebook, Mohd Fadhli telah memuat naik status di Facebooknya menyelar drama terbabit yang disifatkan seperti menjatuhkan maruah seorang wanita, lebih-lebih lagi seorang isteri.

"Kalau u sudi jadi isteri sewaan saya dengan bayaran........." beginilah salah satu skrip lakonan Fattah Aamin dalam cerita Isteri untuk di sewa. Terdengar di kaca tv. Walaupun mungkin tidak tepat susunan perkataannya tapi itu yang dilafazkan.

Di mana pergi penguatkuasa dan mereka yang berautoriti dalam bersiaran ? Adakah anda hanya lihat kepada keuntungan tanpa melihat kesan sampingan.

Pasti peminat Fattah Amin akan kecam aku apabila aku tulis ini. Mana tidaknya mereka ini taksub giler dengan pelakon mereka sehingga buta dengan nilai sensitiviti insan.


Perkataan ISTERI itu sangat mulia di sisi seorang suami. Apakah rendah sangat martabat seorang isteri dan wanita hingga sanggup dipinjam atau di sewa !

Tolonglah jaga martabat wanita. Bagi saya cerita ini merendahkan nilai peribadi seorang wanita.

Wahai wanita bangkit dan lontarkan suara anda !

Wahai pelakon Malaysia. Tolonglah celik mata, celik hati dan celik otak. Anda adalah cerminan dan ikutan kepada rakyat Malaysia. Tolonglah pandai memilih dalam melakonkan sesuatu penceritaan. Jangan hanya tahu untung sahaja !

Wahai Masyarakat Malaysia. BIJAKLAH dalam memilih"


Menurut Fadhli lagi pengarah, penerbit atau sesiapa yang terlibat tidak pandai mencorakkannya maka kesannya adalah kepada masyarakat. Walaupun sekadar tajuk tetapi mampu memberi kesan kepada sekecil kecil budak hingga dewasa.

Malah isu ini juga telah mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan / Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan nampaknya beliau akan menghantar surat terbuka kepada pengarah drama berkenaan.

"Benar banyak lagi isu yang perlu Mufti Wilayah Selesaikan, namun perlu kita ingat pengaruh cerita sebegini hanya dengan tajuk dapat memberi mudharat kepada masyarakat terutamanya kanak kanak.

Saya memohon agar agamawan dapat bertindak seperti Mufti Wilayah Persekutuan dalam memberi pendidikan secara tidak langsung kepada Rakyat Malaysia"


Perkataan isteri sangat tinggi nilainya. Isteri membawa kepada kebahagian. Islam meletakkan isteri pada tingkat yang mulia. Dari rahim seorang isteri lahirnya seorang yang boleh mendoakan kita.

Sumber : FB Mohd Fadhli

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.