Header Ads

"Dia tak salam pun wanita bertudung" - PM Kanada Disanjung Ketika Buat Lawatan Di Kawasan Gerai Makan


Korang mungkin tak tahu bahawa negara Kanada mempunyai pemimpin yang kacak. Bahkan, Perdana Menteri dari negara tersebut, Justin Trudeau ini seorang yang rendah diri dan berjiwa rakyat. Lawatannya ke Singapura ternyata dikagumi oleh rakyat setempat.


Trudeau menyambut dan bertegur sapa dengan pengunjung di kawasan gerai makan di kawasan Bukit Timah. sekitar  jam 7.45 hingga 8 pagi tadi.

Video yang berudurasi 50 saat itu memaparkan dia melayan dengan mesra dan berhenti di sebuah meja. Apa yang menariknya, selepas dia salam lelaki tua, Trudeau kemudiannya enggan salam wanita bertudung, beliau dengan sopan menyentuh dadanya sendiri sambil bertutur dengan sopan.



Dia dilihat melawat ke kawasan gerai makan di sekitar Jalan Adam dengan berkemeja putih melayan semua pengunjung disitu. Berpakaian kasual sambil selfie dengan  penduduk setempat.

Menurut sumber, ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura. Tujuan Trudeau berada di bandar itu sebagai tetamu pengerusi Asean untuk sidang kemuncak Asean yang berakhir semalam.


Semalam, Trudeau dilihat di Fort Canning memberi penghormatan kepada neneknya.

Beliau akan meninggalkan Singapura hari ini untuk ke Papua New Guinea untuk menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.