Header Ads

Berita Perkahwinan YDPA Dengan Gadis Russia Buat Netizen Teruja


Dari semalam lagi tak henti-henti Whatsapp group kecoh dengan berita perkahwinan DYMM Yang Di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Tak pasti kesahihan berita berkenaan tapi nampaknya semakin viral isu ni.

Menurut Islam News yang ditulis dalam berbahasa Rusia, YDPA telah melangsungkan perkahwinannya dengan Miss Moscow 2015, Oksana Voevodina.


Perkahwinan mereka telah dilangsungkan di sebuah dewan mewah, Barvikha Concert Hall di Moscow, Russia dan menerapkan unsur-unsur tradisi Melayu dan Rusia dalam hiasannya.

Kedua-dua mempelai segak dalam persalinan masing-masing dengan YDPA mengenakan baju Melayu biru dengan sampin sedondon warnanya sementara pengantin perempuan cantik memakai baju gaun rona dusty blue.


Terdahulu, portal berita tempatan New Straits Times telah melaporkan mengenai berita perkahwinan ini tapi telah ditarik semula kurang sejam selepas ia dinaikkan.



Bagaimanapun, rakyat Malaysia tak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada YDPA atas perkahwinannya dengan model cantik ini.






Berita ni dah tentu mengejutkan semua pihak, lebih-lebih lagi apabila tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Istana Negara lagi. Apa-apa pun, Selamat Pengantin Baru Tuanku!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.