Header Ads

"Apa salah saya! Apa yang korang nak sebenarnya"-Dato'Aliff Syukri Luah Rasa Kecewa DiHentam Netizen


Semalam kecoh pasal Dato’ Alif Syukri menghina seorang penonton Gegar Vaganza. Isu ini telah menjadi hangat apabila netizen mula meninggalkan komen kecaman di laman Instagram usahawan itu. 

Dek kerana tidak tahan dikecam netizen Dato Alif Syukri telah memuat naik video memohon netizen untuk berhenti memberi kecaman kepada dirinya, kerana dia tidak sengaja mempertuturkan perkataan menghina wanita tersebut dan juga penyanyi Santesh.


Namun lepas je video tersebut di upload, netizen telah meninggalkan komen meminta Dato Aliff untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, kerana tindakannya itu tidak boleh diterima oleh netizen.





Malah Datin Shahida turut memuat naik status di Instagram memberi amaran kepada suaminya untuk tidak ke konsert Gegar Vaganza minggu hadapan, dek kerana kelancangan suaminya berkata-kata.


Nampaknya Dato Aliff Syukri telah menetapkan tetapan privasi pada Instagramnya. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Mungkin ini boleh jadi pengajaran buat kita semua. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.