Header Ads

Alamak! Tersalah Orang Pulak Nak Merompak


Orang badan kecil jangan disangka lemah ye. Ini salah satu contoh untuk kita semua supaya tak pandang rendah dengan saiz fizikal seseorang tu. Menurut Nextshark, seorang lelaki terpaksa menanggung malu dan menahan kesakitan sebab cubaan merompak dia gagal.

Insiden ini dikatakan  berlaku dekat Brazil dan Magdiel da Silva Lima, 18, dikatakan telah menjadikan seorang gadis bersaiz kecil sebagai sasaran.

Sabrina Leite, mangsa yang ketika tu berada di depan rumah terletak dekat Jorge Teixeira, salah satu bandar di Manaus. Dia didatangi dua lelaki bermotosikal. Magdiel terus mendekati Sabrina dan paksa gadis tu untuk berikan handphone dia.


Tanpa disangka gadis berusia 22 tahun tu merupakan pakar seni mempertahankan diri Brazil dipanggil jiu-jitsu. Sabrina yang tidak terus cemas pada masa tu terus campak phone dia ke dalam rumah dan kejar Magdiel yang tengah menuju ke motosikal semula.


Ketika kejadian, seorang jiran yang tengah pandu kereta nampak kejadian tu dan dia terus langgar Magdiel. Sabrina kemudian menggunakan kesempatan tu untuk beri ‘pengajaran’ kepada Magdiel dan terus ‘wrestling’ dia.

Kalau korang nak tahu situasi tu telah berjaya dirakam dan kini video tersebut jadi viral di mana orang ramai semua mentertawakan Magdiel. Dalam video tu boleh dilihat dia tengah kesakitan dan struggle untuk lepaskan diri sambil Sabrina kepit dia antara dua kaki dan pulas pergelangan tangan Magdiel.


Bila ditanya semula detik kejadian itu, Sabrina akui yang dia berani bertindak sebab dapat tahu perompak tersebut tiada senjata.

"Saya dapat rasa yang mereka tiada apa-apa (senjata), mereka cuba datang dan terus sergah dengan berkata ‘berikan telefon itu’. Saya nampak mereka tiada apa-apa dan sebab tu saya bertindak. Kalau mereka bersenjata, memang saya tak akan bertindak.”


Dan akhirnya Sabrina kepit Magdiel dengan posisi macam tu selama 20 minit sampai pihak polis tiba di tempat kejadian. Magdiel kemudian ditahan reman dan didakwa dengan percubaan merompak.

Haa kan dah mendapat! Ni kalau tak menyesal lagi tak tahu lah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.