Header Ads

"Adik yang sedap, abang yang penat!"- Baru Nak Husnuzon Tapi Tak Sangka Betul Jadi Siap Tinggal Bukti Lagi


Menurut Fareez, 9 November lalu ada sekumpulan pelajar IPTS datang check in dekat homestay miliknya. Kumpulan remaja tu terdiri daripada 2 lelaki dan 2 perempuan. Homestay yang terletak di Melaka tu ada 3 bilik tidur dan setiap satu dilengkapi dengan perabot macam katil dan almari.

Tanpa fikir yang bukan-bukan Fareez biarkan pelajar tu semua check in dekat homestay dia tapi lepas dorang check out dan tiba masa dia nak kemas balik rumah tu, memang terkejut ‘beruk’ dibuatnya. 

"Bilik ada 3 so pandai pandai lah korang asing bilik lelaki perempuan. Abang sentiasa husnuzon. Semalam kemas homestay, abang mengucap panjangggggggg dik."

Masa nak mengemas, dia terjumpa kotak k0ndam dan bukan setakat tu je, katanya keadaan dalam rumah pun juga berubah.


"Malas aku nak fikir sangat pasal dorang ni lepas tengok kotak gula gula getah tu, tapi bila bukak tengok bilik pulak, jangan kata mengucap panjang, siap istighfar lagi.'

Kata Fareez, dia terkejut pada mulanya sebab katil dalam salah satu bilik dekat homestay tu dah hilang! Tapi rupa-rupanya, lepas dia periksa the whole house, dia jumpa semula katil tu yang dah dialih ke bilik lain.



"Terlebih rajin betul dorang ni. Cukup rajin dia angkat (katil) masuk bilik lagi satu, nak tidur ke nak guling-guling ni? Kau angkat tilam je dah la, ini dengan katil sekali kau angkat dah kenapa wei???"

Fareez juga akui yang selama ni, semua pelanggan homestay dia memang ada bermacam-macam jenis ragam tapi semuanya tinggalkan rumah dalam keadaan yang sama masa check out. Malah, ada juga yang siap buangkan sampah dan sapu rumah tu sebab malu dengan tuan rumah kalau dibiarkan tak dikemas. 


"Tapi, kali ni memang rare. Adik yang sedap, abang yang penat.”

Netizen yang baca thread daripada Fareez rata-ratanya suggest dekat dia supaya tetapkan syarat yang lebih ketat untuk pelanggan. Ada yang suggest supaya tak benarkan homestay disewa pasangan bukan muhrim atau rakan sekumpulan macam tu.


Orang cakap kalau nak  husnuzon tu haruslah kena pada tempatnya. Tak gitu? Kalau dah jadi macam ni, mungkin owner boleh follow suggestion netizen tu semua…

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.