Header Ads

Weii Geli Siyot! Sekali Dua Perempuan Kena Dengan Dia Ni.


Wahh dalam ramai-ramai orang dalam LRT sempat lagi dia buat benda tak senonoh ni. Seorang wanita sempat mengambil gambar pemangsa yang dipercayai sedang membuat onar dalam LRT semasa waktu puncak.


Rupanya mangsa dah kena dulu, lepas tu lelaki ni boleh beralih ke wanita yang lain pula. Kejadian dipercayai berlaku di dalam tren Putra LRT Stesen Universiti semasa orang pulang bekerja di waktu petang. 

Menurut mangsa, lelaki tersebut akan berdiri dekat dengan penumpang bagi menjalankan aktiviti tak senonohnya tu.




Nampaknya wanita tersebut telah membuat  laporan kepada pihak RapidKL menerusi akaun Twitter @MyRapidKL.

Dan menerusi pihak customer service RapidKL, akaun Twitter @AskRapidKL juga menjelaskan kes sedang dalam siasatan bagi menentukan kejadian sebenar.


Ada juga netizen mempertikaikan "kenapa mangsa tak jerit dan hanya ambil gambar je?".  Kita tak berada dalam kedudukan mereka. Mungkin ada yang takut atau terkejut berada dalam situasi tu.


Bagi mereka yang selalu naik pengakutan awam diharap dapat berjaga-jaga especially bila dalam keadaan sesak tu. Sebaik-baiknya kalau terkena kejadian macam ni kaum wanita dinasihatkan untuk jangan malu. Tolonglah jerit atau tampar sikit orang yang buat macam ni dekat anda. Ingat tu!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.