Header Ads

Tun M Rasa Kecewa dengan Sikap Biadap Pemandu Teksi


Dipetik dari  Berita Harian, Dr Mahathir berkata GRAB akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan, membayar insurans dan membayar cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.

Namun belom habis cakap lagi mereka bertindak meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu GRAB.

Bahkan ada yang mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr. Mahathir memberikan perjelasan berhubung isu e-hailing.


“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan…saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi. Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara…orang panggil balik, jadi saya datang.

Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya.”


Tun M berkata dia tidak dapat menjamin untuk menghapuskan Grab.

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam Kabinet…saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.

Saya akan usaha lagi…saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan GRAB, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi.”

Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi itu dihadiri oleh 200 pemandu teksi Langkawi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan GRAB yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan

Artikal ini dipetik dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/488562/dr-mahathir-sedia-letak-jawatan-kesal-sikap-biadap-pemandu-teksi

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.