Header Ads

Tulis Halal, Siap ada Logo Lagi. Tapi Betul Ke Halal Makanan Dekat Myeongdong Street Ni?


Sekarang ni Korea sudah macam satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh anak muda. Yelah kita dipengaruhi oleh drama dan lagu dari Korea Selatan sudah pastinya kita ingin rasai sendiri pengalaman berada di sana.

Yang menjadi keutamaan ketika bercuti ke Korea ialah mencari makanan halal. Takkan dah terbang jauh ke Korea korang nak makan meggi yang di bawa dari Malaysia je, mesti nak cuba juga makanan tempatan di sana.


Tapi korang kena berhati-hati kalau nak membeli makanan di sana. Lagi-lagi kalau makan yang jenis jual dekat gerai ni. Nampak halal tapi belom tentu halalnya lagi.

Dari perkongsian FB Halal Korea, mereka ada keluarkan satu status agak berhati-hati ketika berada di Myeongdong Street dan korang diingakan supaya jangan terpedaya dengan logo halal yang terpampang pada kedai. Logo halal ni palsu dan kadang-kadang penjual saja-saja cakap halal bila nampak pembeli yang bertudung.


Kebanyakan peniaga juga guna tanda halal ni bila dorang fikir masakan tak ada unsur pork dan lard tanpa ketahui haiwan tak disembelih, minyak masak tak halal dan lain-lain.


Seorang pengguna facebook mendedahkan bahawa dia jarang percaya dengan makanan yang dijual kat gerai di Korea ni halal kerana orang Korea sendiri tak faham mengenai Islam.

“Kalau agama Islam pun tak tahu, powerlah plak dorang sampai bolah tahu isu makanan halal haram ni.

“Kat Korea ni pun banyak company yang tipu daging atau ayam dan letak logo palsu sebab dia tau orang-orang Islam especially dari Malaysia atau Indonesia kalau nampak je logo halal terus tak tanya dan tak was-was dah untuk makan,” katanya.

Ada yang bagi cadangan kalau nak makan makanan korea boleh cari dekat Itaewon atau boleh google sendiri restoran halal dekat korea.



Jadi buat mereka yang merancang ke korea ni better ambil tour guide orang islam, lebih baik lagi kalau tour guide tu orang Malaysia yang tinggal dekat sana. Sekurangnya mereka lebih arif tentang makanan di sana. Paling penting tolong elakkan makan dekat street food ni, terliur macam mana sekali pon tolong jangan beli okay!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.