Header Ads

Tular Spekulasi Mistik Di Lombong Putera Perdana Puchong


Disaat kita masih sedih dengan kehilangan enam anggota bomba dan seorang pelajar 17 tahun yang mati lemas di lombong Putra Perdana, Puchong timbul pula spekulasi tentang wujudnya unsur mistik di lombong tersebut.

Dikatakan air di kawasan lombong tu cetek je sebenarnya tapi sudah pun meragut hampir 14 nyawa dalam tempoh masa 2 bulan. Uishh dasyat betul. Lombong puaka ke apa ni?


Dari portsl Remaja, keadaan lombong ketika tinjauan di buat semalam memang cetek je. Boleh dikatakan separas dada je dan kanak-kanak pun sebenarnya boleh mandi dekat situ. Tapi ketika kejadian, arwah katanya hanya bergurau dengan membuka baju dan berlari anak ke jambatan besi di lombong tersebut. Kemudian tanpa disangka-sangka, secara tiba-tiba arwah tergelincir dan jatuh ke dalam empangan.

Dua rakannya yang melihat ketika itu bertindak terjun jambatan untuk selamatkan mangsa. Menurut bapa mangsa yang terselamat, anaknya Ahmad Fahim juga hampir lemas ketika dia cuba tarik rakannya kerana tolakan air.

Selepas insiden berlaku, tular pula sebuah gambar menunjukkan ‘ada sesuatu’ di atas bahu seorang anggota bomba yang tak bertugas di tepi lombong itu.


Dari gambar tu boleh nampak imej berwarna hitam seperti orang (dalam bulatan) duduk betul-betul kat belakang dua individu yang dikenali sebagai Faizal dan Khairul. Kedua-dua anggota bomba ni jugak lapor Remaja, hampir lemas tetapi berjaya naik ke atas sebelum bomba lakukan operasi pada waktu malam.

Lagi satu ni bunyi macam mengarut sangatkan tapi dari satu posting dekat facebook ni, dia  mengatakan satu kumpulan pengamal perubatan ni dah tangkap hampir 14 juta ekor jin yang dikatakan sedang mengganggu tugasan mencari dan menyelamat remaja yang lemas di lombong tu.


Tapi walau macam mana pun terpulanglah kepada korang sama ada nak percaya atau tak. Bagi admin ajal maut ni semua dah ditentukan Allah sebelum kita lahir ke dunia lagi. 

Diharapkan keluarga mangsa terlibat dapat hadapi ujian ini dengan penuh sabar. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas mangsa-mangsa yang terkorban. Al-fatihah…

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.