Header Ads

Tips Upload Gambar Untuk Elak Kena Sihir


Masih ada di kalangan masyarakat sekarang yang percaya dengan perkara sihir yang syirik. Paling menakutkan, ada yang guna sihir ni untuk memudaratkan orang yang mereka benci.

Pengguna Facebook bernama Nurul Hassanah baru-baru ni berkongsi cara/tips untuk upload gambar di media sosial yang dapat elakkan gambar ini daripada kena santau atau sihir. 

Pertama : Pastikan mata tidak pandang tepat pada kamera. Kalau jeling sikit ke kiri atau ke kanan.


Kedua : Elakkan ambil gambar wajah penuh. Ambil gambar half je, lagi separuh tu sengaja tak bagi nampak.


Ketiga : Kalau nak ambil gambar mata pandang kamera boleh tapi pastikan upload size yang sangat kecik. Ustaz Azhar pun ada bagi tips ni.


Keempat : Kalau nak amik gambar sekali muka korang kena pastikan korang tak ambil gambar penuh satu badan. Pendek kata ambil gambar separuh je kaki tak payah nampak.


Kelima : Haa yang ni paling penting. Jangan sesekali mendedahkan nama penuh mak korang di media sosial. Kenapa? Haa sebabnya nama penuh emak antara nama yang paling diminta oleh orang yang buat amalan syirik. 


Hassanah berkata, sihir atau santau ni masih diamalkan orang sekarang dan mudah saja untuk melakukannya hanya dengan sekeping gambar. Macam manapun takde penjelasan yang jelas kenapa melalui gambar, cuma kalau boleh elakkanlah dari terkena sihir yang jenis macam ni.

Menurutnya lagi baik kalau tak muat naik gambar langsung tapi kalau untuk kegunaan bisnes dan terpaksa tonjolkan diri atas nama pekerjaan ke, gunakan tips ni.

Haa kaki selfie tu, korang patut amalkan tips ni. Biar pon akaun laman sosial private tapi kadang-kadang orang yang nak sihir kita tu ada di kalangan kenalan kita juga. Bukan orang lain pon!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.