Header Ads

Terbaiklah! Adik Autism Ini Berjaya Daki 3 Gunung Dalam Masa 4 Hari


Wahh hebat betul adik ni. Setiap anak mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Kita sebagai ibu bapa seharusnya membantu mengasah perkembangan anak-anak sama ada anak normal atau anak istimewa dan perlu elakkan membuat perbandigan antara anak anda dengan kanak-kanak lain.

Kisah ini dikongsikan oleh bapanya, Mohd Nizam Zambri. Aqiel Haqqu dilahirkan secara normal seperti kanak-kanak lain dan tiada apa-apa masalah ketika dilahirkan. Haqqu telah disahkan menginap Mild Autism pada umur 3 tahun setengah.


Aktiviti mendaki merupakan satu terapi yang baik but Haqqu sekaligus mereka sekeluarga dapat nikmati keindahan alam semula jadi. Aktiviti seperti in juga dapat mendisiplinkan diri Haqqu iaitu mengikut segala arahan yang harus dipatuhi ketika mendaki.

Dengan suhu yang paling sejuk 4 celcius ketika catatan di Gunung Merbabu dia juga berjaya mengharungi keadaan paling tidak selesa yang pernah dia alami setakat ini.


Sebelum Haqqu dapat menghabiskan pendakian 3 gunung ini ada sedikit persiapan dan latihan telah pun dilakukan di Malaysia hampir setahun. Alhamdulillah Haqqu berjaya menawan beberapa gunung dan juga bukit. Dia juga antara pendaki cilik yang ditegur dalam kalangan pendaki-pendaki Indonesia ketika ontrek.

HARI 1 – 15 Ogos 2018 (Gunung Merbabu)

Menurut bapanya, setibanya mereka di Basecamp Merbabu, mereka disambut dengan keadaan cuaca yang cukup baik. Haqqu ketika itu teruja untuk memulakan perjalanan mendaki. Kelebihan anak autism ini, mereka tidak akan mengenal erti penat ketika waktu berjalan.

Malah pasangan suami isteri ini telah ketinggalan jauh dibelakang oleh Haqqu ketika itu. Mujur ada guide yang mengiringi si cilik ini  ketika keadaan memerlukan beliau  memanjat serta ketika berehat. Setelah hampir 4-5 jam pendakian mereka selamat tiba di Merbabu dengan keadaan cuaca sejuk.


Ketika inilah keadaan yang kurang selesa menyebabkan Haqqu sukar untuk tidur sehingga awal pagi esok. Syukur, mereka selamat turun dari Gunung Merbabu dan seterusnya turun ke basecamp untuk persedian pendakian berikut di Gunung Andong.

HARI 3 – 17 Ogos 2018 (Gunung Andong)

Setelah mendapat cukup rehat dan persediaan dibuat, kami berangkat ke basecamp Gunung Andong pada jam 4 pagi. Setelah selesai segala dokumentasi, Haqqu dengan iringan salah seorang guide telah laju kehadapan meninggalkan kami berdua. Trek bertangga sepanjang perjalanan ke Gunung Andong ini mengakibatkan kepenatan buat Haqqu dan sesekali kami mendengar suara kepenatan beliau.


Jam 8 pagi kami semua selamat sampai ke puncak Gunung Andong dengan ribuan pendaki-pendaki tempatan Indonesia ketika itu. Dan sememangnya  ini sudah dijangka keadaan sesak pada ketika itu kerana Indonesia menyambut hari kemerdekaannya. Pengalaman bersama2 lebih 3 ribu orang warga Indonesia menyambut hari kebangsaan mereka, 17 Ogos 2018 di puncak Andong sememangnya sesuatu yang menarik yang akan kami kenang! Haqqu juga menjadi tumpuan disini kerana beliau antara segelintir pendaki muda (Malaysia).

HARI 4 – 18 Ogos 2018 (Gunung Prau)

Pendakian bermula pada jam 8 pagi dengan keadaan cuaca baik dari bandar Dieng. Gunung ini antara lokasi pilihan bagi pendaki2 tempatan. Seperti biasa Haqqu akan diiringi oleh guide yang sememangnya sudah cukup akrab sepanjang kami di Indonesia. 


Dengan keadaan cuaca kadangkala suhu dingin dan cerah, Haqqu sekali lagi berjaya menghabiskan pendakian untuk sampai ke gunung ketiga dan terakhir untuk trip ini. Seperti di Gunung Merbabu, keadaan cuaca sejuk melampau pada waktu malam telah mengakibatkan ketidakselesaan kepada kami semua.

Mujur dengan sedikit persediaan awal sebelum pendakian, kami khusunya Haqqu dapat tidur nyenyak pada waktu malam.


Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat serta guide ontrip ketika menjaga beliau semasa naik dan turun gunung-gunung disana walaupun bahasa yang Haqqu gunakan kadangkala pening nak paham.

Nasihat Nazim kepada masyarakat, jangan malu untuk bawa anak-anak istimewa ini beriadah dan seterusnya menyaksikan keindahan dan kebesaranNya. Cuma kecekalan dan ketabahan untuk membawa anak-anak ini adalah suatu cabaran yang luar biasa buat mereka.

Artikal ini dipetik dari https://siakapkeli.my/2018/10/22/semangat-betul-adik-ni-kanak-kanak-autism-ini-berjaya-daki-3-buah-gunung-tinggi-dalam-masa-4-hari/

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.