Header Ads

Tak Serik Lagi! Palu Tetap Buat Ritual Karut Walaupun Lepas Kena Gempa-Tsunami


Beberapa hari lalu telah tular di laman sosial gambar rakyat di Palu melakukan pemujaan laut. Rata-rata netizen berasa marah dengan ritual tersebut malah ada juga para agamawan yang menegur tindakan tersebut namun mereka masih meneruskan ritual bagi tujuan memuja ‘penjaga laut’.

Menurut portal Siakap Keli, upacara ini dijalankan semasa Festival Palu Nomini berlangsung sejak 3 tahun lalu.  Ritual diketuai oleh dukun yang melakukan jampi bersama acara tarian daripada penari wanita yang berusia 50 tahun ke atas.


Ayam dan kambing dijadikan sebagai penarik utama bagi ritual ini. Mereka akan mengambil darah dari haiwan tersebut dan disapu pada tubuh bandan mereka yang sakit. Selepas itu beberapa hidangan akan dihanyutkan ke sungai sekaligus memandikan orang yang sakit. Bagi mereka jika dimandikan di sungai maka penyakit akan hilang mengikut aliran sungai dan tidak akan kembali lagi.

“Dalam hidangan itu terdapat pinang, gambir, tembakau, syiling, kuih tradisional dan beberapa yang lain.  Semua itu akan diharung ke laut.  Dahulu nenek moyang kami kalau ada pesta keraian, pasti semua hidangan ini disediakan,” kata salah seorang penduduk.



Lebih kronik apabila penduduk Palu sebenarnya tak percaya bahawa bencana yang timpa kota tersebut adalah bala yang didatangkan Allah SWT atas perbuatan syirik mereka.

Seorang ustaz di Palu menganggap upacara ini sama sekali menyalahi adat dan bercanggah dengan hukum Islam.

“Mereka masih berdegil meneruskan upacara kejam ini. Ratusan bangkai ayam ditemui sepanjang pantai Talise dari Jambatan Ponulele atau Jambatan Kuning sehingga ke Masjid Arkam Bab Al Rahman.”

“Bangkai ayam yang mati dibunuh dan mempunyai warna bulu yang sama membuktikan amalan syirik itu masih diteruskan walaupun selepas gempa bumi dan tsunami melanda.”


Ustaz juga menjeleskan ketika upacara yang sama dilakukan pada tahun 2016 dan 2017, Palu didatangi dengan hujan lebat dan angin kencang.  Selain itu, pengunjung dihanyutkan ombak serta memusnahkan tapak khemah.

Ishh ternyata meraka masih lagi memilih perkara karut ini walaupun selepas kena gempa. Ambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Harap-harap perkara macam ni tak berlaku di Malaysia.

Artikal ini dipetik dari https://siakapkeli.my/2018/10/10/video-walau-ditegah-berulang-kali-palu-masih-teruskan-ritual-puja-laut-lepas-gempa-tsunami/

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.