Header Ads

Syok Sangat Takotkan Orang Kampung, Nah Amik Kena Denda Tidur Kat Kubur!


Viral sejak semalam! Satu posting dari facebook Sarawak Viral menunjukkan dua remaja lelaki yang berjaya ditangkap penduduk kampung sebab menyamar sebagai pocong!


Difahamkan, dorang berdua ni dah lama buat ‘kerja’ tu semata-mata nak takutkan orang kampung. Dan akhirnya malam semalam dorang kantoi dan berjaya ditangkap oleh penduduk.

Dah buat benda macam ni, mesti lah kena bagi pengajaran. So, penduduk kampung bersepakat untuk tak lepaskan dorang macam tu je tapi sebaliknya denda dorang dengan cara yang paling rare sekali.


Kedua-dua remaja tu dibawa pergi tanah perkuburan berdekatan dan disuruh untuk bermalam di situ dengan berpakaian seperti pocong!

Admin tak pasti terjadi dekat kampung mana ni,  tapi serious first time admin dengar cerita macam ni. Sama lah macam netizen yang lain. Masing-masing bagi komen dan reaksi tentang insiden kelakar dan mengejutkan ni.




Siapa lah agaknya yang ikatkan ‘baju’ pocong dorang tu.Hahaha lain betul aktiviti malam budak dua orang ni.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.