Header Ads

Suruh Bayar Cepat, Bila Dah Bayar Terus Ghaib!


Pernah tak korang jumpa dekat feed orang jual tudung harga murah. Ada tu siap bagi harga lagi murah dari pemborong kedai lagi. Korang kena hati-hati ye, tak semua tapi ada segelintir memang kerja dia promote tudung je tapi tudung nya tak ada pon. Dia orang buat benda macam ni semata nak amik duit korang je lepas tu lari.

Macam yang terjadi dekat seorang wanita ni yang dikenali sebagai Zura. Katanya Zura ni dah beli tudung secara borong sebanyak 56 helai dengan harga RM280 melalui whatsapp.


Menurut Zura, duit dah bank in 9 Oktober dan sampai sekarang tak dapat barang lagi. Jangan katakan barang tracking number pon tak dapat! Sebelum bank in duit tu seller ada cakap, kalau bank in lambat dia terpaksa lepaskan barang tu dekat customer lain dan customer pun takut barang terlepas, terus bank in cepat-cepat. 

Siapa cepat dia dapat,  sekali kena tipu! Tengok la, setiap hari juga la dia whatsapp tanya barang dia pada seller, tapi tak ada sebarang respond pun. 



Dek kerana tak dapat contact seller tu, Zura contact pulak orang yang iklankan pasal tudung borong tu pulak. Lagi malang, lepas dapat DM kejap , tiba-tiba “user not found”.


Lagi sekali Zura try contact balik melalui Whatsapp, tapi guna number yang berbeza. Hasilnya hanya seen je tak de respond jugak. Pelik kan, cakap kat kampung takde line tapi tak kan hantar whatsapp ada double tick? Memang scammer sangat dia ni.


Tak lama lepas tu, si pembeli ni terus kena block dan ternyata lepas kes ni, rupanya ramai lagi yang dah jadi mangsa dengan si Scammer ni. 


Ingat kalau korang jumpa orang jual tudung harga tak masuk akal ni try tanya dia boleh COD atau tak? Kalau dia cakap boleh COD maksudnya tudung tu memenag wujud dan ada dekat dia. Kalau dia kata COD tak available, maksudnya barang takde dengan dia atau lebih teruk barang tu takde pon dia jual. Hati-hati ye!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.