Header Ads

Siang Hari Amik Dadah, Dah Malam Ajar Budak Mengaji. Hasilnya Mesti Korang Terkejut!


Kalau geng bawang baca je tajuk mesti dia orang akan cakap inilah golongan munafik. Tapi relex jangan kecam dulu. Ni admin nak cerita satu benda best ni. Sedikit sebanyak ada pengajaran dalam cerita ni.


Seorang penagih dadah baru-baru ini berkongsi pengalaman menarik tentang hidupnya iaitu dia mengaku ambil dadah di siang hari tapi ajar al-Quran pulak pada waktu malam. Menurut Sinar Harian, lelaki yang dikenali sebagai A, 39 ni percaya al-Quran bukan sekadar kalam suci tapi pedoman dan panduan yang hebat dalam hidup.

Si A yang berasal dari Selangor, merupakan bekas pelajar sekolah pondok dan bapanya merupakan seorang ustaz yang dapat membantu A membaca Al-Quran dengan lancar.

“Saya mencuba barang terlarang itu sejak usia 14 tahun sewaktu belajar di sekolah pondok dan kerana dadah, saya dibuang dari madrasah selain pernah juga dipenjarakan atas kesalahan berkaitan dadah,” 


Lebih menyedihkan dia lalui pelbagai pengalaman hidup dan sering tukar-tukar kerja sehinggalah pada 2016, dia kerja sebagai tukang baiki jam tangan dengan seorang tauke. Pada waktu itulah, dia mula mengajar mengaji pada waktu malam.

“Cara ini dapat kaburi mata masyarakat atas kelakuan saya sebelum ini…” 


Pada masa itu A masih lagi seorang penagih dadah, tapi dia dapat kawal dirinya dan ramai yang tak tahu siapa dia sebenarnya. Fizikalnya jugak tak nampak macam penagih yang kurus kering selalu.

“Cara ini dapat kaburi mata masyarakat paling penting ialah saya tidak mahu lagi ibu bapa rasa malu dengan jiran tetangga atas kelakuan saya sebelum itu setelah ramai yang tahu saya terlibat dengan dadah,” kata A.

Malah A berasa syukur kerana ayahnya tetap berfikiran positif dan percaya anak bongsunya ini mampu kembali ke pangkal jalan tapi dengan satu syarat, dia mesti sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran.


Lama kelamaan A yang selama setahun menjalani kehidupan ‘pelik’ ini berasa ‘tawar hati’ untuk ambil dadah sehinggalah dia nekad untuk berhenti.

“Kalau tidak kerana kesungguhan ayah dan keyakinannya untuk saya terus dekatkan diri dengan al-Quran, saya tidak tahu macam mana nasib diri saya sekarang ini.

“Ayah selalu pesan jangan tinggal al-Quran kerana rujukan seluruh kehidupan kita ada di dalamnya dan al-Quran adalah pedoman serta panduan hidup,” ujarnya

Alhandulillah, semoga A terus menjadikan Al-quran sebagai sahabat dan sentiasa berada di jalan Allah. InsyaAllah akan datang A akan menjadi insan yang jauh lebih baik dari sebelum ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.