Header Ads

Serpihan Pesawat Lion Air JT 610 Ditemui Terhempas Di Lautan Karawang


Akhirnya kehilangan Pesawat Lion Air JT 610 yang terputus dari radar 13 minit selepas berlepas dari lapangan terbang  awal pagi hari ini sudah terjawab.

Menerusi laporan media tempatan, pihak berkuasa Indonesia telah pun memulakan operasi mencari dan menyelamat sebaik terputus hubungan pada jam 6.33 pagi tadi. Pesawat yang ingin menuju ke Pangkal Pinang, Sumatra dari Jakarta ini terhempas ketika dalam perjalanan.


Dipetik dari Harian Metro, Jurucakap Lion Air berkata, pesawat itu adalah jenis Boeing 737 dan sehingga kini masih belum ada jumlah rasmi penumpang di dalam pesawat terbabit.

Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air, Edward Sirait berkata, pihaknya belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden itu.  Laporan Channel News Asia Pesawat itu dipercayai ditemui di lautan Karawang, Jawa Barat.

Ini merupakan foto serpihan dan barangan peribadi  yang berada dalam pesawat JT610, yang jatuh ke dalam laut selepas berlepas dari Jakarta pada pagi tadi






Di twitter, ada netizen yang berkongsikan video ditempat kejaidan tersebut. Rakaman menunjukkan pesawat yang tersebut sudah tenggelam.



Berita kehilangan pesawat Lion Air JT610 bukan sahaja telah mengemparkan Indonesia, malah seluruh dunia terkejut dengan berita tersebut. Apa-apa pun kita tunggu sidang media rasmi mengenai hal ini. Diharapkan para netizen tolong jaga jari anda dari menaip benda yang tidak patut.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.