Header Ads

Selalu Dapat Mimpi Pelik, Bila Bangun Tidur Badan Habis Lebam, Rupanya Dah Terkena...


Masalah bermula apabila makanan di rumah mereka kerap basi walhal baru satu jam dimasak. Tidak cukup dengan itu, mereka diganggu dengan mengalami mimpi-mimpi ngeri seperti dilayung dengan api, ditikam berkali-kali, jatuh dari tempat yang tinggi dan dipukul dengan besi panas.

Pasangan itu turut mengadu terasa lebam setiap kali bangun tidur seolah-olah mimpi yang mereka alami itu adalah kenyataan. Bimbang dengan keadaan mereka, pasangan itu berjumpa dengan doktor untuk merawat lebam yang dialami namun menurut doktor kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang penyakit.

Keadaan bertambah pelik apabila rumah mereka mempunyai terlalu banyak cicak sehingga tidak terkira. Merasakan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku, mereka bersepakat meminta bantuan perubatan Islam dari Iyra Shifa.


Seorang muallij (perawat) kemudian hadir ke rumah mereka untuk sesi merawat dan difahamkan ketika perawat itu mula membacakan ayat suci Al Quran untuk rawatan, mereka tidak sedarkan diri. Perawat itu kemudian memulakan sesi berdialog bersama ‘pesakit’.

Akhirnya barulah diketahui bahawa mereka berdua telah terkena sihir pemisah menggunakan cicak! Cicak itu berperanan untuk ‘memanaskan’ suami isteri tersebut agar sering bertengkar dan mempunyai masalah lain seperti mengalami mimpi-mimpi ngeri itu.


Pasangan tersebut kemudian diarahkan untuk menabur beras, garam dan lada hitam di sekeliling rumah. Sebaik berbuat sedemikian, cicak dilihat semakin banyak jatuh dan bertaburan dalam keadaan seperti hangus terbakar. Rumah mereka juga dilihat berasap selepas merenjis air yang telah dibacakan ayat Ruqyah oleh perawat sebelum itu.

Ishh zaman dah maju pon masih ada lagi orang dengki guna benda sihir-sihir ni. Buat pasangan suami isteri, kalau boleh sebulan sekali tu bukak lah ayat ruqyah. Semoga hubungan kita suami isteri dilindungi Allah SWT

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.