Header Ads

Remaja 15 Tahun Dicabul Oleh Bekas Menteri Dalam Kereta


Kecoh di media sosial seorang remaja berusia 15 tahun didakwa telah dicabul oleh seorang bekas menteri. Datuk R Sri Sanjeevan di Twitter ni telah menarik perhatian ramai apabila beliau mempersoalkan sebab kenapa Ahli Parlimen terbabit masih belum ditangkap.


Menerusi beberapa siri tweet tersebut, Sanjeevan juga berharap tiada cubaan untuk ‘cover up’ kes ini kerana berita ni tidak dilaporkan oleh mana-mana media.

Menurut sumber, remaja tersebut telah membuat laporan di balai polis Kangar, Perlis bahawa dia telah dicabul oleh seorang ‘Ahli Parlimen’ yang juga bekas menteri pada 20 Oktober lepas.



Dan sekali lagi Sanjeevan menarik perhatian netizen apabila up tweet dengan mengatakan remaja tersebut telah menarik laporannya sekitar jam 4 pagi.


Perkara ni disahkan pihak polis yang mengatakan remaja tu telah menarik laporannya sehari lepas membuat laporan di Perlis, lapor Malaysiakini. Meskipun laporan telah ditarik balik, pihak polis katanya akan teruskan siasatan tersebut dengan mengambil keterangan mereka yang terbabit.

“Kita bukan nak diamkan atau lindungi dia (bekas menteri). Apabila laporan dibuat oleh remaja berusia 15 tahun ini, kita klasifikasikannya sebagai sulit.

“Kita teruskan siasat. Mungkin bekas menteri ini jumpa keluarga mangsa untuk tarik balik laporan. (Tetapi) tidak bermakna polis tutup kes. Siasatan diteruskan.

“Kita sudah minta D11 Bukit Aman (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak) untuk rekodkan kenyataannya. Kemudian kertas siasatan akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” kata Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed.

Sanjeevan akhirnya ‘spill the tea’ dengan mendedahkan suspek rupanya Datuk Seri Shahidan Kassim berdasarkan laporan yang dibuat mangsa. 


Menurut laporan polis, mangsa mendakwa bekas menteri tersebut telah memegang tangan dan meraba bahagian belakang badannya. Aduhaii…


Rata-rata netizen yang mengikuti isu ini bagaikan tidak percaya bekas menteri tersebut terlibat dalam kes ni. Shahidan jugak digambarkan sebagai tak berapa sihat dan uzur kerana sering menggunakan kerusi roda.


Kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Aishh seriuslah. Harap siasatan dapat dijalankan dengan telus dan adil.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.