Header Ads

Punca Kenapa DS Najib Melenting Dengan Al-Jazeera


Semalam kecoh di sosial media tentang Dato’ Seri Najib Tun Razak gagal kawal perasaan dan memilih untuk menghentikan sesi temuramah dengan sebuah agensi berita antarabangsa. Wawancara yang diadakan secara live bersama portal berita Al-Jazeera itu bukan saja mengejutkan rakyat Malaysia, tapi seluruh dunia!


Menerusi video berkenaan, Perdana Menteri keenam Malaysia dilihat gagal kekal tenang selepas disoal oleh wartawan Mary Ann Jolley dalam program 101 East. Beliau menegaskan wawancara berkenaan telah melangkaui masa dan skop yang dipersetujui.


Keinginan Mary Ann yang mahukan jawapan berhubung kes pembunuhan Altantuya juga dipercayai berkait tugasnya sebagai wartawan untuk sebuah program berhubung kes yang sama.Walhal kes pembunuhan itu sudah melalui prosiding terperinci mahkamah, menurut bekas Perdana Menteri itu lagi.


DS Najib menegaskan Mary Ann tetap tidak mahu membincangkan topik asal perbincangan iaitu mengenai legasi dan ekonomi negara seperti dipersetujui. Wartawan berkenaan sebaliknya terus-terusan mengaitkan beliau dan Jho Low walaupun telah diperjelaskan.


Disebabkan itu, beliau merasakan temuramah itu tak perlu diteruskan bagi mengelakkan isu-isu berkenaan terus dibincangkan dan menjadi sebuah fitnah.


Dalam temubual itu, beliau juga disoal mengenai beberapa isu seperti ‘berlian merah jambu’, ‘derma RM2.6 bilion’ dan penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam interview itu.

Sumber : FB Najib Razak

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.