Header Ads

PU Amin Undang Kecaman Netizen Selepas Ulas Pasal Gempa Di Indonesia


Sebelum ni PU Amin telah bikin panas di laman sosial tentang isu sedekah dan wayang. Kali ni PU Amin muncul lagi dengan isu yang berlaku di Indonesia. Rasanya tweet PU Amin kali ni agak keterlaluan sehinggakan mendapat kecaman yang teruk dari netizen.


"Ulama di Indonesia bersepakat bahawa malapetaka besar yang berlaku secara berturut-turut di Lombok dan Palu adalah kerana MAKSIAT yang berleluasa di atas muka bumi. 

"Setelah hadirkan nasihat, Allah SWT turunkan Laknat agar manusia beringat," tulisnya yang mengulas mengenai kejadian gempa bumi di Indonesia sehingga mengorbankan lebih 800 nyawa.

Rata-rata netizen di media sosial kesal dengan kenyataan tersebut yang dianggap tidak menjaga sensitiviti negara jiran. Malah, ada juga netizen yang cuba mencari kenyataan ulama yang dipetik PU Amin, tetapi gagal ditemui. 

"Aku cuba Google, ak utak nampak pun Majelis Ulama Indonesia, mahupun Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah keluar kenyataan seperti yang didakwa PU kat bawah ini. 

"PU ni tahu tak keluar kenyataan palsu atau menipu juga adalah antara ciri-ciri utama orang Munafiq?" - Hairul A.F. 

"PU Amin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu. Banyak nyawa mereka yang tidak bersalah terkorban sekelip mata dalam kejadian itu dan kamu masih ada keberanian untuk menganggap bencana itu sebagai balasan kerana melakukan maksiat? Kamu hanya PU yang menyalak di Twitter. Diam." - Zara Kayangan. 

"PU Amin dah kena stop main social media lah. Fokus dulu dalam ilmu, baru boleh sampaikan kat orang lain. Pasal earthquake pun tak betul, manalah orang nak percaya kata-kata dia yang lain. Nanti lepas dah banyak ilmu, baru boleh buat comeback," - Hzqzhfri. 


Menerusi OhBulan!, tweet tersebut telah mendapat respon dari penulis Indonesia, Haidar Bagir, yang menegur tindakan PU Amin untuk lebih berhati-hati apabila memuat naik kenyataan di media sosial. 


Melalui semakan di Twitter mendapati, PU Amin telah membuang tweet tersebut. Diharapkan selepas ini PU Amin berfikir sejenak sebelum memuat naik status dia media sosial, agar tidak lagi menimbulkan kekecohan di kemudian hari.

Artikal ini dipetik dari therepoter.my

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.