Header Ads

Pertama Kali Dalam MotorGP Umbrella Girl Pakai Hijab!


Kalau ada perlumbaan MotorGP mesti Umbrella girl dia seksi. Tak pernah lagi jumpa yang tak seksi. Tapi kali ni agak berbeza, pelumba MotorGP negara Hafizh Syahrin membawa isterinya, Noor Suzana sebagai gadis payung pada perlumbaan MotorGP di Buriram, Thailand. 

Kemunculan Noor Suzana atau dikenali sebagai Zana telah menarik perhatian orang ramai malahan seluruh dunia.


Disaat pelumba lain ditemani gadis payung yang seksi, Hafizh Syahrin memilih isterinya sebagai gadis payung yang menemaninya. Zana kelihatan begitu manis sekali bertudung berwarna hitam ketika sedang memayungi Hafizh di litar sebelum perlumbaan bermula.

Rata-ratanya netizen memuji Hafizh Syahrin. Pasangan ini dikatakan baru sahaja berkahwin pada Disember tahun lepas mencuri hati netizen yang menyifatkan perkara itu sebagai ‘sweet couple‘ dan turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu.


Cara pemakaian Noor Suzana yang berhijab dan menutup aurat menjadi pujian netizen. Bagi netizen tindakan itu disifatkan sebagai pertama kali dalam dunia permotoran Umbrella Girl pakai hijab!


Wahh betullah kata netizen memang sweet couple betul mereka ni. Apa yang dilakukan pasangan ini sedikit sebanyak telah membuka mata seluruh dunia bahawa gadis berhijap pun boleh jadi umbrella girl.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.