Header Ads

Perompak Bebal! Mudah Sangat Terperdaya Dengan Pemilik Kedai


Dipetik dari INDEPENDENT, enam perompak tu cuba untuk rompak sebuah kedai rokok elektronik dekat Charleroi, Brussels Sabtu lalu. Ketika diserang, pemilik kedai tu, Didier gunakan helah dan berjaya memerangkap sekumpulan perompak tersebut hingga dicekup pihak polis.

Dalam jam 3 petang kedai Didier telah dimasuki sekumpulan perompak. Didier beritahu enam penjenayah tu untuk datang semula dalam masa beberapa jam so that lebih banyak jualan dapat dilakukan dan mereka akan dapat lebih banyak wang hasil transaksi penjualan.

Malah dia maklumkan pada pereompak yang jam 3 petang tu bukanlah waktu yang menguntungkan untuk dorang merompak.


“Saya berkata, ‘Kamu mungkin boleh mendapat $1,000 ini, tetapi jika datang lambat sikit pasti dapat lebih banyak wang.”

Tanpa disangka, dorang semua tu termakan kata-kata dan percaya dengan Didier! Lepas dorang beredar dari kedai, dia terus hubungi pihak polis tapi katanya polis tak percaya yang perompak tu semua akan datang semula.

Lebih kurang jam 5.30 petang, kumpulan penjenayah tu datang semula untuk ‘ambil’ wang yang dijanjikan tapi sekali lagi, Didier buat helah.


“Saya marah kerana mereka datang sebelum waktu tutup kedai. Saya kata, kedai ditutup jam 6.30 petang, bukannya 5.30 petang lalu mereka sekali lagi beredar.”

YES, buat kali kedua, perompak tu semua masih tertipu dan percaya dengan Didier!

Malangnya, kali ketiga dorang datang kedai tu lebih kurang jam 6.30 petang, rupa-rupanya ada polis dah ready untuk cekup tapi dorang tak perasan sebab polis tu semua berpakaian biasa.


Salah seorang daripada perompak tu berjaya larikan diri dan hanya lima berjaya ditangkap polis. Kumpulan tu tak henti-henti ditertawakan dan dilabel perompak paling teruk dekat Belgium sebab mudah diperbodohkan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.