Header Ads

Pergh Tak Tercapai Dek Akal, Wanita Ini Puji Ayda Jebat Jauh Lebih Baik Dari Datuk Siti


Kelu lidah baca komen sorang netizen ni. Bukanlah berniat nak memperlekehkan barisan penyanyi baru, cuma perbendingan yang diutarakan gadis ini, memang tak masuk akal.

Wanita ini mendakwa Ayda Jebat terlalu bagus jika ingin dibandingkan dengan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza. Malah dia juga menyatakan bahawa vokal  penyanyi lagu Pencuri Hatiku ini setaraf dengan lagenda luar negara.


Menurut gadis ini, Ayda Jebat dan Farah Hazel adalah pengganti Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk merampas takhta sebagai penyanyi nombor satu negara tahun hadapan.

Dari keratan gambar yang dikongsi oleh pengguna Twitter ini. Nampaknya itu komen daripada laman Youtube.


Dari gambar tersebut kita dapat lihat komen confident level tahap dewa itu berikan di dalam muzik video single terbaru Datuk Siti Nurhaliza, Anta Permana. Katanya, Ayda Jebat ini setanding dengan Whitney Houston dan Datuk Seri Siti NUrhaliza ini dianggap sebagai try hard.

Bukan itu sahaja, dia siap pesan kepada penyanyi nombor satu yang terkenald enagn lagu Cindai itu agar harus memperbaiki vokalnya dan perlu belajar banyak jika ingin menyanyi kan lagu irama Malaysia.


Netizen macam biasalah mesti dia orang kecam balik gadis ni. Yelah dia punya komen tu confident tahap dewa betul.



Peminat tegar Ayda Jebat betul dia ni. Tak kisahlah korang peminat tegar artis mana sekali pun, kalau boleh tak perlu nak banding-bandingkan macam ni. Chill okay setiap artis ada rezeki masing-masing.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.