Header Ads

Pergh Dasyat Sungguh Neelofa Ni, Dia Jadi Orang Ke3 Dalam Dunia Yang Duduk Hotel Berharga RM200,000 Semalam


Baru ini tular beberapa gambar di instagram tentang percutian mewah pengacara meletop. Dikatakan percutian itu berada di kepulauan Maldives.

Ini bukan percutian biasa-biasa ye, sebabnya harga hotel mewah bawah air tempat Neelofa menginap sebenarnya mencecah harga RM200,000 semalaman (tidak termasuk cukai)!


"I feel very, very, very lucky to be the third person in the world to experience this! This is definitely one for the books," kata Neelofa.

Menurut carian di laman rasmi lokasi penginapan mewah The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island itu, villa bawah air itu merupakan yang pertama dibina di dunia.


The Muraka diberitakan akan mula dibuka kepada pengunjung bermula November ini dan Neelofa menjadi individu ketiga dunia yang diberikan kesempatan menginap di situ.

Untuk pengetahuan korang The Muraka membawa erti batu karang dalam bahasa Dhivehi dibina di bawah 16.4 kaki dari paras laut. 


Tetamu akan berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di dasar laut dan dikelilingi oleh hidupan akuatik. Selain kamar tidur, ruang dasar laut The Muraka turut dilengkapi dengan ruang tamu dan bilik air.


Tapi serius pulau Maldives memang cantik. Tak kisahlah duduk hotel mahal ke murah dekat sana memang dah semula jadi view dia cantik. Pergh untunglah jadi Neelofa merasa duduk hotel super mewah dia Maldives.


Artikal ini di petik dari http://www.astroawani.com/berita-hiburan/neelofa-orang-ketiga-dunia-menginap-di-hotel-mewah-rm200-000-semalam-188937

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.