Header Ads

Niat Nak Bantu Mangsa Kemalangan Tapi Tiba-tiba Lelaki Ni Pulak Hilang


Masih ingat tak, baru ni ada satu KES kemalangan membabitkan lori kontena, treler, lori dan kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) yang mengakibatkan dua maut, Jumaat lalu menimbulkan misteri apabila sebuah motosikal ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di lokasi kejadian.


Dipetik dari Hmetro, Amir Hamzah Mohd Rozali, 23, gagal dikesan sehingga ke hari ini sekali gus dikhuatiri turut menjadi mangsa kemalangan tragis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, maklumat penemuan motosikal itu dimaklumkan kepada abang lelaki itu yang kemudian membuat laporan polis.


Menerusi siasatan dijalankan, lelaki itu yang menunggang Yamaha LC135 berwarna merah dipercayai berhenti untuk membantu mangsa kemalangan apabila sebuah treler membawa muatan kampit simen terbabas sebelum terbalik merentangi lorong tengah serta lorong kanan lebuh raya dalam kejadian jam 4.40 pagi itu.

Dipercayai Amir hilang selepas kemalangan kedua berlaku dalam beberapa minit kemudian apabila sebuah lori kontena merempuh sebuah lagi lori yang kemudian menghimpit sebuah kereta Honda Civic.

Ketika kejadian, dua orang lelaki yang melihat kejadian tersebut menemui helmet dipakai mangsa dalam keadaan pecah di atas jalan.


Mohd Zani, abang mangsa yang menerima maklumat mengenai penemuan motosikal adiknya, semalam kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui beg pinggang mangsa di bawah jambatan jam 10.30 pagi.

"Bertindak atas penemuan itu, bermula semalam, operasi mencari mangsa yang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kayu Ara dengan bantuan bomba dan unit anjing pengesan giat dijalankan. Malah, usaha mencari mangsa juga dibuat di lokasi simen dibuang, namun tidak menemui apa-apa termasuk petunjuk yang boleh dikaitkan dengan kehilangan mangsa," katanya.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara Ramli Harun berkata, operasi mencari bermula semalam mengenai lelaki yang dikhuatiri terjatuh ketika kemalangan berlaku.

Operasi pencarian yang dilakukan sejak semalam di lokasi kejadian di tebing sungai sepanjang dua kilometer itu tidak menemui sebarang petunjuk yang dapat dikaitkan dengan misteri kehilangan lelaki terbabit.

Tersebar juga komen dan status daripada ahli keluarga mangsa yang memohon orang ramai doakan supaya mangsa ditemukan dalam masa yang terdekat ini.



Kalau di ikutkan hari ni dah masuk 3 hari Amir hilang. Kita doakan sama-sama semoga kehilangan Amir menemui jawapan. Kesian keluarga yang ternanti-nanti kepulangan Amir.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.