Header Ads

Netizen Bengang Gadis Ni Share Video Mantera Di Laman Sosial


Baru-baru ini satu video viral di twitter. kononnya seorang wanita dirasuk semasa kawannya sedang buat video live di Instagram. Walaupun tak dapat dipastikan kesahihan video tu, katanya wanita tu sebenarnya sedang mendengari sebuah video mantera atau jampi memuja setan.


Dalam video viral yang sudah dipadamkan tu, dikatakan wanita itu sedang menghayati sebuah video berbahasa Jawa daripada sebuah akaun Twitter. Rupa-rupanya, penulis Twitter tu dah berikan amaran untuk tak menonton video tu kalau dalam keadaan tak suci atau lemah semangat.

Dari posting asal, curator ni kongsikan pengalamannya diganggu makhluk ghaib semasa dia menyendiri akibat putus cinta. Yelah, benda-benda macam ni sukalah pada mereka yang sedang bersedih, lemah semangat dan fikiran terganggu. Lebih-lebih lagi kalau empunya diri tu seorang wanita.



Beberapa orang netizen memberitahu video tersebut dikatakan sebuah mantera yang digunakan bagi memuja atau memanggil setan.



Ada seorang netizen ni dah tolong translatekan maksud mantera tu buat yang nak tau!




Bagaimanapun posting tersebut tidak disenangi ramai netizen lebih-lebih lagi daripada mereka yang dah biasa diganggu makhluk halus atau hijab matanya telah terbuka. Sebab ia bukanlah satu pengalaman yang menyeronokkan.


Rasanya benda macam ni tak perlu kot nak share kat laman sosial. Lagi pon benda ni sedikit sebanyak boleh menganggu kehidupan seseorang. Korang nak tengok boleh tengok tapi admin  tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat atau implikasi yang berlaku akibat penulisan ini. Berani buat berani tanggung okay!!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.