Header Ads

Nak Surprisekan Suami Tapi Suami Pulak Bagi Surprise Kahwin Lain!


Walaupun pada awalnya  hubungan yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang tapi ada  juga yang berakhir akibat kehadiran orang ketiga. Menurut satu posting di twitter, niat seorang isteri nak buat kejutan ulang tahun perkahwinan buat suaminya, tapi alih-alih dia pulak yang dikejutkan dengan berita suaminya kahwin lain.

Seorang wanita menceritakan tentang sahabatnya yang hanya dikenali sebagai E. Menurutnya, E adalah seorang senior executive di pejabat berumur 40-an. Dia juga seorang yang sentiasa menyokong perniagaan rakan-rakan termasuk servis surprised party. Jadi dek kerana anniversary yang semakin dekat, E tempah kejutan untuk suami tersayang bagi meraikan hari istimewa mereka.


Dua hari lepas tempahan, tiba-tiba dia ternampak E menangis di pejabat sehingga mata bengkak macam ikan buntal.

E kata yang suaminya hendak berkahwin seorang lagi! Tapi suami dia nafikan pulak.


Lagipun E memang pernah bercerita yang suaminya berkawan dengan seorang perempuan lain. Tapi naluri wanita kan selalunya betul. Lebih-lebih lagi isteri sendiri kot!

Yang mengejutkan bakal isteri tu pula dikatakan seorang janda. Dan dah ada cucu, miang nak laki orang!


Bukannya E tak OK, badan pun masih cantik macam anak dara. Sementara bakal isteri kedua pula dah berumur 50-an, dah ada cucu lagi. Kenapa miang nak laki orang juga?

Lebih menyedihkan, perkahwinan kedua tu berlangsung pada 5 Oktober tapi si suami kata akan outstation kat Bintulu, Sarawak pada tarikh tu.


Walaupun sebelum ni E memang dah tahu suami ada skandal dengan perempuan lain, tapi disebabkan anak-anak dia tetap bersabar.


Bagi mereka diluar sana, kahwin ni bukan sedap atas katil je. Banyak lagi komitmen dan tanggungjawab yang perlu korang ambil tahu. Tolong fikir elok-elok sebelum korang buat keputusan nak berumahtangga.

Yang dah berkahwin kalau ada apa yang tak kena sila berbincang baik-baik, terutamanya lelaki jangan nak lari dan buat tak tahu je. Ingat balik saat indah masa korang mula-mula kahwin dulu.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.