Header Ads

Mulai Esok 6 Negeri Bakal Mengalami Angin Kencang Dan Laut Bergelora


Bermula esok hingga Jumaat, 2 November, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan:

  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pahang
  • Johor Timur
  • Sarawak
  • Barat Sabah


Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku dalam tempoh sama.

Jadi rancang aktivit anda dan elakkan berasa di kawasan pantai.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.