Header Ads

"Mereka menutup pandangan mata enam anggota tersebut sehingga tidak dapat melihat"- Pakar Tangkap Jin


Nampaknya spekulasi mengenai pemergian 6 anggota bomba yang terkorban minggu lalu, masih hangat diperkatakan. Terbaru tular satu spekulasi di facebook yang mandakwa kematian 6 anggota bomba akibat pandangan ditutup jin di lombong. 

Menurut mStar, mereka menggelarkan dirinya sebagai pakar tangkap jin, Sa'ad Jaafar, 45, berkata, dia berasa pelik sebaik sahaja membaca berita mengenai kematian enam anggota bomba ketika melakukan usaha menyelamat.



"Setelah terbaca berita dalam talian mengenai insiden itu, saya berasa pelik sebab enam orang anggota mati lemas sekali gus. Apa yang saya tahu mereka memang mempunyai kepakaran berenang dan menyelam, saya rasa macam ada yang tak kena dengan mereka."

"Malam itu kami duduk berzikir dan fokus mencari apa-apa gangguan yang menjadi penyebab insiden itu,"

Sa'ad mendakwa pihaknya berjaya mengesan jin tersebut sebelum menangkap ketua dan ahli-ahlinya pada malam itu sebelum mereka disimpan dalam satu 'penjara khas' yang berada di alam ghaib. Malah Sa'ad turut menyoal jin yang ditangkap bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ke atas enam anggota berkenaan.


"Selepas tangkap ketua jin dan semua geng mereka, kami ikat, buang ilmu yang ada pada jin-jin itu kerana kalau ilmu itu tak dibuang, mereka boleh hilangkan diri dan lari. Kami 'belasah' cukup-cukup ketua jin itu hingga ia tak bermaya dan selepas itu kami buat soal siasat. Saya tanya apa yang mereka lakukan pada anggota yang terkorban."

"Jin itu berkata, mereka menutup pandangan mata enam anggota tersebut sehingga tidak dapat melihat sebelum dibawa ke pusaran air dan lemas," dakwa Saad lagi.


Tamabahnya lagi, setiap manusia juga mempunyai jin mereka tersendiri.

"Jin ada di mana-mana, semua orang pun ada jin yang ganggu. Jin tapak rumah, jin saka keturunan, memang banyak.

"Jadi cara paling baik ialah jin itu perlu ditangkap dan dikurung di penjara khas, barulah selesai masalah.

"Bagi yang dah tak ada jin ganggu, untuk elakkan diganggu yang lain pula, kena dekatkan diri pada Allah dan tinggalkan apa yang dilarang agama," jelasnya.

Hmm apa pendapat korang?


Artikal ini dipetik dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/10/11/tangkap-jin/

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.