Header Ads

Mangsa Gempa Palu Dir0gol 3 Lelaki


Ishh geram nya! Ketika orang lain sedang bersedih kehilangan harta benda dan orang tersayang ada pulak yang cuba ambil kesempatan buat benda tak elok. Sejujurnya rakyat dekat Palu ni tak serik-serik lagi ke??

Dipetik dari Sinar Harian, mangsa yang dikenali sebagai SH yang berusia 7 tahun telah dir0gol bergilir-gilir di tempat perlindungan mangsa bencana dekat Makassar.

Mangsa yang ketika itu sedang bermain sendirian, tiba-tiba didatangi 3 orang lelaki yang telah mengheret mangsa ke kawasan lapang seterusnya mer0gol mangsa berulang kali. Setelah selasai perbuatan jijik itu, si pelaku menghantar mangsa ke rumahnya.


Sampai saja dirumah, mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan terus meraung kesakitan serta menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya secara singkat kepada keluarga. Sejurus mendapat tahu apa yang berlaku, keluarga mangsa bertindak mengejar suspek dan berjaya menangkap salah seorang daripadanya.

Menurut jurucakap polis, Kompol Anugraha, suspek merupakan seorang remaja berusia 14 tahun telah berjaya diberkas. Manakala dua lagi sedang diburu dan dipercayai tinggal dekat area Kabupaten Maros.

Pergh mayat dekat Palu belom habis jumpa lagi, dia boleh mer0gol pulak. Dan tak sangka salah seorang suspek baru berusia 14 tahun! 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.