Header Ads

Majikan Melampau, Kalau Nak Minta Cuti Kena 'Belanja' Dulu


Seorang majikan di Dubai  telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan kerana telah bertindak mencabul pekerja wanitanya di dalam kereta berhadapan kedainya.

Majikan tersebut mempunyai sebuah kedai runcit. Wanita berkenaan memberitahu bahawa suatu hari majikannya memanggilnya ke kereta yang terletak di luar kedai. Wanita itu yang menyangka bahawa ada barang yang mahu dialihkan tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena ditunjukkan oleh majikannya.

Walau bagaimanapun, majikannya itu menyuruh dia masuk ke dalam kereta dengan alasan untuk berbincang mengenai hal kerja. Sebaik sahaja selesai berbincang, wanita itu sempat memberitahu majikannya bahawa dia ingin memohon cuti satu hari kerana mahu menyambut ulang tahun kelahiran anaknya.

Pada ketika itulah majikannya bertindak di luar batas apabila mengunci kenderaan daripada dalam dan meminta wanita berkenaan memberikan sesuatu sebagai balasan untuknya meluluskan cuti tersebut. Ujar wanita itu, majikannya mula menyentuh anggota badannya. Apabila dia cuba menghalang, majikannya bertindak ganas dengan menarik rambut dan mula mencabul kehormatannya.


Demi menyelamatkan diri,mangsa menjerit sekuat hati sehingga menyebabkan suspek merasa takut dan melepaskanya. Tetapi dia diugut supaya tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa terutamanya pihak polis.

Sebaik meninggalkan kenderaan berkenaan, mangsa segera berlari pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian berkenaan kepada rakan sebilik dan kakaknya sebelum membuat laporan polis.

Sumber : Khaleej Times

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.