Header Ads

Lelaki Misteri Kena Bahan Dengan Netizen Lepas Mengaku Diri Nabi Adam


Sebelum ni kecoh pasal sorang ni mengaku diri dia sulatan Melaka. Sekarang ni muncul pulak sorang individu yang mengaku diri dia nabi Adam. Menurut FB melaka Kini,seorang lelaki viral di media sosial lepas muat naik gambar dengan caption yang claim diri beliau sebagai Nabi Adam dan pemerintah kepada alam baru.


Tak tahu lah apa gimik yang dia ni nak lakukan tapi lelaki yang dikenali sebagai Amin  dilihat ada kaitan dengan ‘Sultan Melaka’ yang baru. Terdapat beberapa gambar yang menunjukkan Amin ni bersama ‘sultan’ tersebut dan kononnya ‘hulubalang’ kerajaan tu.



Bukan itu sahaja, ibu kepada Amin ni juga katanya ada ‘crush’ dengan Sultan Brunei. Siap edit gambar berdua lagi.




Ramai yang cakap kemungkinan besar individu ni ‘kemaruk’ ingin jadi sultan atau orang penting dalam negara sampai berfantasi hingga ke tahap ni. Uish ada jugak jenis macam ni…


Malah, penampilan Amin yang so called nabi ni pun jadi bahan membawang netizen jugak. Sut kuning dari topi sampai ke seluar tu buat makin galak netizen nak troll.


Memang syok troll, tapi ada di kalangan netizen yang bermuhasabah diri apabila melihat golongan sebegini viral di media sosial. Bagi mereka, ini petanda dunia akhir zaman.


Dengar cerita kerajaan negeri Melaka bakal membuat laporan polis berhubung individu yang gelarkan dirinya sebagai Sultan Melaka hari ini. Pihak polis jugak sudah pastinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada individu ni jika terdapat unsur penipuan, jenayah dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.