Header Ads

Lelaki Kerat Dan Sumbat Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Sebab Tak Tahan Asyik Dileter


HAWAII:  Seorang lelaki mengaku tidak sengaja membunuh dan mengerat mayat ibunya berikutan berang kerana sering dileter ibunya yang menyuruhnya ke sekolah.

Yu Wei Gong dipercayai membunuh, mengerat mayat Liu Yun Gong kemudian dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum mencuri identiti ibunya bagi menutupi kematian tragis itu pada September 2016.

Menurut majikan ibunya, dia merasakan sesuatu tidak kena apabila Liu gagal hadir ke tempat kerjanya di sebuah spa, sehari selepas kematiannya sebelum dihubungi Yu dengan mengatakan ibunya pergi ke pulau lain untuk beberapa bulan tanpa membawa telefon bimbit.

Mayat Liu ditemui dalam tujuh beg plastik di dalam peti sejuk beku di apartmen keluarga berkenaan di Waikiki, Honolulu.

Menurut pihak berkuasa, Yu menghubungi talian kecemasan pada April 2017 kerana rasa mahu membunuh diri dan ketika itu dia mengaku telah membunuh ibunya.


Polis yang menyiasat rumahnya pada awalnya tidak menjumpai mayat mangsa sehingga menjenguk peti sejuk beku dan menemui beg plastik mengandungi kepala serta sisa anggota Liu selepas dimaklumkan Yu.

Siasatan yang dijalankan mengesahkan mangsa maut akibat hentakan objek tumpul di kepalanya.

Bagaimanapun, dia mendakwa tidak sengaja melakukannya. Yu dibebaskan dari hospital psikiatrik pada April 2017 dan dihadapkan ke mahkamah, tetapi langsung tidak bercakap. Dia kemudian diberi khidmat jurubahasa Mandarin untuk prosiding.

Pendakwa Wayne Tashima berkata, Yu turut didakwa mencuri identiti ibunya kerana membayar sewa menggunakan akaun wanita itu. Mahkamah menetapkan hukumannya pada Januari depan.

Sumber: Dailymail

Artikel ini dipetik dari https://siakapkeli.my/2018/10/03/tak-tahan-asyik-dileter-lelaki-kerat-dan-sumbat-mayat-ibu-dalam-peti-sejuk/

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.