Header Ads

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Kena Tahan Imigresen Korea Dan Di Paksa Pulang Malaysia


Sekarang ni Korea menjadi satu destinasi utama bagi para pelancong. Peminat k-pop pasti ramai yang menyimpan hasrat untuk pergi ke Korea. Tapi sebelum pergi sana elok korang baca dulu perkongsian lelaki ini. Katanya baru sampai pukul 8 pagi pukul 4 petang dah kena balik Malaysia. Eh eh dah kenapa ni?

Kejadian berlaku pada 4 Oktober lalu sebaik Fahmi dan enam lagi pelancong tiba di Lapangan Terbang Incheon.


“Seperti negara-negara lain yang aku pergi sebelum ni kebiasaannya aku tidak pernah isi jenis pekerjaan di dalam borang ketibaan arrival card dan boleh diterima tetapi negara Korea kali ni aku terkandas.”

Semasa soal siasat dijalankan, pegawai imigresen bertugas tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Fahmi, membuatkan dirinya terpaksa dibawa ke bilik pengasingan.


“Benda pertama buat kat dalam tu mereka mintak cop 2 jari telunjuk kanan dan kiri.  Tangkap gambar sekeping dan borang untuk diisi.  Semua data yang nak kena isi dalam form tu sama macam arrival card cuma form dia dalam bentuk A4.”

“Semasa menunggu masa untuk di soal siasat aku cuba minta izin dari pegawai imigresen untuk memberi wang kepada rakan yang sedang menunggu di luar, tapi permintaan aku ditolak sekeras-kerasnya oleh pegawai tersebut.”

Tiba masa disoal siasat, Fahmi dibantu seorang pegawai penterjemah yang menolongnya hanya melalui telefon pejabat imigresen tersebut.

“Soalan pertama yang dia tanya adalah mengenai pekerjaan aku, jadi memang aku syak diaorang meragui dengan pekerjaan aku.  Soalan seterusnya aku ditanya berapa ramai yang datang bersama dengan nama penuh setiap daripada mereka.”


Selain daripada soalan diatas, Fahmi turut dilontarkan dengan beberapa pertanyaan seperti destinasi yang ingin ditujui dan jumlah duit yang dibawa ke sana.

“Sebelum mengakhiri soal siasat, aku cuba berkomunikasi dengan penterjemah supaya maafkan aku sebab ini kali pertama aku ke sana, tapi belum sempat penterjemah menterjemah apa yang aku cakap, talian diputuskan.”

“Aku terus dihulrkan satu lagi borang untuk ditandatangan dan diberitahu yang aku tidak dibenarkan masuk ke Korea.”

Terkilan kerana tidak dapat memberikan wang kepada rakannya yang tunggu di luar, Fahmi diring ke ruang pelepasan antarabangsa sebaik saja soal siasat tamat.


“Setelah selesai soal siasat aku terus diiring ke ruang pelepasan antarabangsa untuk dihantar pulang ke Malaysia. Siap escort sampai dalam flight kau.  Passport aku memang dia pegang dan diberikan setibanya di KLIA.

Pengalaman ini dikongsi Fahmi bertujuan sebagai peringatan kepada bakal-bakal pelancong yang ingin ke Korea supaya tidak melalui perkara yang sama terjadi kepada dirinya.


“Pastikan arrival card korang isi penuh.  Jangan tinggalkan ruang kosong.  Bermula dengan tak tulis pekerjaan, diakhiri dengan penghantaran pulang. Sedih memang sedih, tapi aku fikir positif je la.  Allah perancang yang terbaik. Hanya Dia tahu segala-galanya.”

Untuk makluman semua sekarang ni memang kerajaan korea memandang berat terhadap isu lambakkan pekerja asing di negara tersebut. Hal ini menyebabkan mereka telah mengadakan kawalan ketat di pintu masuk negara mereka. Mana2 pelancong yang mereka rasa meragukan tanpa sebarang alasan terus menghantar pulang pada hari yang sama.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.