Header Ads

"Lawak apa ni sial! Untunglah orang Melaka dah ada sultan"-Kemunculan Sultan Melaka Baru Jadi Bahan Lawak Netizen


Masih ingat lagi tak dengan Raja Nor Jan Shah Raja Tuah yang dulu menggelarkan dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’? Sekarang nampaknya Melaka ada sultan lagi bila seorang individu mendakwa dirinya sebagai sultan baru bagi negeri tersebut

Dipetik dari Sinar Harian, kononnya beliau ialah Tengku Muhamad Jalil Md Nor, 63 yang kini viral di media sosial sebagai keturunan Kesultanan Melaka dan bawa gelaran Soltan Mansor III.



Dikatakan sultan Melaka yang baru ni pun ada facebook. Segala istiadat, alat kebesaran dan update mengenai sultan baru ni telah dimuat naik ke akaun Facebook rasmi, Soltan Mansor III. Pemahsyuran Sultan Melaka yang baru ni juga dikatakan telah dilaksana pada 21 Oktober lepas di Kuala Linggi, Melaka.

Ini merupakan antara alat-alat kebesaran yang dipaparkan di Facebook tersebut ialah keris dan pedang yang dibalut dengan kain kuning warna diraja.



Bila muncul benda merapu macam ni comfirm lah kena troll dengan netizen. Antaranya mengkritik gaya Sultan Melaka yang nampak terlalu simple. Dayang-dayang pun dah tua… lepas tu sultannya down to earth sangat, pakai selipar je masa istiadat pemahsyuran.


Pada mula ingatkan benda bahan lawak je tapi bila scroll ke bawah lagi jumpa pulak benda-benda pelik ni. Ada upacara duduk atas kain putih la, lepas tu tunjuk Tongkat Siti Mariam yang konon diambil di syurga.



Dalam sibuk membahan sultan baru ni, sempat juga netizen bagi nasihat kepada semua. Mungkin perkara ni boleh jadi ajaran sesat kalau tak dipantau.


Melalui pencarian terbaru, nampaknya akaun Soltan Mansor III sudah pun ditutup. Harap adalah pihak berwajib pantau benda ni merapu macam ni. Takut nanti pihak begini ambil kesempatan pulak dengan rakyat jelata yang tak tahu apa-apa.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.