Header Ads

‘Kissing Krist & Singto 1st Fan Meeting in Malaysia’- Kena Batal Atau Berita Palsu?


Pergh kerajaan sekarang ni berani betul mencabar Allah. Dah lah sebelum ni kecoh dengan pesta arak, sekarang Malaysia mengundang pula pelakon songsang dari Thailand untuk bertemu dengan rakyat Malaysia. 


Malah dalam poster kontroversi tu pun siap tulis perkataan, ‘Kissing Krist & Singto 1st Fan Meeting in Malaysia’ yang dikongsikan Instagram #mahersenisdnbhd. Setiap peminat juga dikenakan bayaran masuk sebanyak RM500 hingga RM700. Wow boleh tahan mahal!


Disebabkan isu ni, ramai juga yang menyalahkan kerajaan kerana dengan mudah bawa masuk budaya tak elok macam pesta arak dan gay dalam negara kita.


Ketua Pengarah JMM, Datuk Kamarul Baharin A. Kassim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya takkan sesekali berkompromi dalam isu yang langgar nilai dan norma masyarakat. 

Malah Kamarul juga minta orang ramai jangan mudah terpengaruh atau percaya dengan berita atau isu yang tak betul sebelum dapat pengesahan dari sumber yang sah.

“Pihak kami ingin menegaskan bahawa sesi bertemu peminat oleh Kissing Krist dan Singto di Auditorium Muzium Negara sebagaimana yang sedang tular adalah tidak benar,” katanya semalam.


Macam manapun, setelah penjelasan dibuat, masih ada di kalangan netizen yang keliru dan tak percaya sama ada event ni betul-betul palsu atau telah dibatalkan. 


Tak kisah lah dah batal atau berita palsu, janji fan meeting ni tak akan berlaku dalam Malaysia. Jika berlakunya fanmeeting ni nampak sangat Malaysia mengiktiraf golongan sesat dan kotor ini untuk terus berkembang biak di bumi Malaysia. Meloncat gembira lah golongan ini di Malaysia.

Bala Allah bukan timpa pada mereka yang bermaksiat sahaja, yang lain pun akan terkena tempias. Mari menentang dan bantah program ini sebagai salah satu kerja pencegahan.


وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
-Sura Al-Anfal, Ayah 25

Sumber : FB Mohd Hafizuddin // Instagram #kissinginkl

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.