Header Ads

Kisah Seram Johore Tower (Menara Pintu Air) Yang Korang Tak Tahu


Kamarul Ariffin Nor Sadan, dalam satu posting facebooknya ingin mendedahkan satu kisah misteri tentang Menara Pintu Air ni yang ramai tak tahu. Menara ini dikatakan ada kaitan dengan bunian dan makhluk halus.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar JB atau yang pernah bermastatutin di Johor sekitar 80an pasti kenal menara ni. Binaan ni namanya Menara Pintu Air, juga dikenali sebagai Johore Tower. Pintu air adalah akses dari darat ke laut melalui sungai, atau sebaliknya.


Laluan orang bunian dari Taman Istana ke laut?

Di sepanjang Selat Tebrau ada banyak pintu air, antaranya pintu air Sungai Ayer Molek, Sungai Segget, pintu air Sungai Chat. Menara Pintu Air ni adalah menara yang didirikan di muara Sungai Ayer Molek. Pintu air yang lain, tak ada menara. Kenapa?

Menurut Kamarul, Sungai Ayer Molek ni misteri sikit. Ia tak terselindung dari pandangan tapi orang JB pun ramai tak tahu ia di mana. Padahal sungai yang menyusur di hadapan bangunan yang semua orang JB kenal, seperti; Penjara Ayer Molek, Menara Tabung Haji, Taman Istana, Wisma JOTIC dan bertemu dengan laut berhampiran kompleks beli belah Lot 1.


Asalnya sungainya agak besar, dan ada orang kata sungai Ayer Molek ni adalah akses orang bunian yang tinggal dalam kawasan Taman Istana untuk ke laut. Kemudian telah ditambak dan dibuat jalanraya.

Jalan apa? Jalan Ayer Molek. Nama itu diberi sempena Sungai Ayer Molek kerana ia menyusur selari dengan sungai tersebut. Ada yang mengaitkan punca kompleks beli belah Lot 1 terbengkalai dengan angkara perbuatan orang bunian yang tidak berpuas hati dengan pembinaan bangunan itu. Kesahihan nya masih belum pasti.


Ada suara perempuan menagis dari corong pembesar suara

Sekitar tahun 80an, pada setiap hari ahad, akan ada siaran lagu dipancarkan daripada menara ini, dan juga di pembesar suara di sepanjang pantai Lido

Radio bersiaran dari menara ini, dan dipancarkan juga di pembesar suara pada “pokok besi” di sepanjang Pantai Lido. Boleh layan dendangan lagu sambil menikmati bayu laut di pantai. Hip gila zaman dulu-dulu, kan?


Hip tu memang hip, tapi jadi seram selepas satu kejadian tu.

Ada satu tengah malam tu, orang-orang JB tengah berendut(dating) di Pantai Lido, tiba-tiba dengar suara perempuan menangis dari corong-corong pembesar suara. Mendayu-dayu, bergema-gema.

Mula-mula semua orang terpinga-pinga. Siaran lagu dari menara dan pembesar suara tu tak patut sampai lewat malam. Namun bila tangisan tu berubah jadi hilaian, semua orang panik dan beredar. Hilaian tu tak henti-henti. Dah lah Sekitar Lido tu ada pokok besar-besar. Memang seram!

Nampak kelibat perempuan masa nak naik atas

Akhirnya pihak berwajib pergi naik menara tu untuk matikan pembesar suara. Dilaporkan ada yang nampak kelibat perempuan di atas menara semasa mereka nak naik, tapi bila sampai atas, tiada sesiapa.

Macam-macam spekulasi timbul selepas dari kejadian tu. Ada orang kata tu suara perempuan mati bunuh diri, terjun dari menara pintu air tu. Ada orang kata suara orang bunian nak halang orang lakukan maksiat di Pantai Lido. Bermacam-macam lagi cerita lain, tapi dua itu yang paling popular.

Kau orang pernah tahu, tak? Kisah ni orang-orang lama tahulah. Kebenarannya tiada siapa dapat sahkan. Sekarang ni Menara Pintu Air ni pun dah tak ada. Dirobohkan semasa pembinaan projek Waterfront City (Lot 1). Tinggal kenangan. Namun legasi keangkeran tu diteruskan oleh Lot 1.


Lot 1 tu kini dah sebahagian daripada koleksi mall berpenunggu, selain dari Kemayan City(kini Paradigm), Pacific Mall, dan Skudai Plaza.

Anak Jati Johor

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.