Header Ads

Kena Kecam Dengan Netizen Sebab Tiru Muka Rosmah Untuk Hallowen


Seorang penguna twitter telah muat naik satu video yang berdurasi 2 saat di laman twitter. Dalam video tersebut dapat dilihat wanita itu telah ber make up seperti Datin Seri Rosmah Mansor, siap lengkap dengan selendang dan rambut terkeluar di depan dan tak lupa kening tajam tu. Dia juga turut ‘menganjing’ dengan membuat penampilan lengkap berpakaian uniform penjara berwarna oren!



Ramai yang terkejut dan menganggap perkara ini satu benda yang kelakar tapi rupanya wanita ini telah diserang di Instagram. Kebanyakkan nya Dm dari rakyat Malaysia.

Nampaknya netizen marah betul dengan wanita ni sampai ada yang mengeluarkan kata-kata kesat dan minta dia untuk berhenti make fun of isteri bekas Perdana Menteri tu. Netizen juga minta padam gambar dan video mimik muka Rosmah tu kerana dikatakan biadap.






Wanita tersebut menjelaskan sebenarnya video 2 saat tu cuma snippet je tapi tiba-tiba jadi viral. Katanya, dia menyesal post video pendek tu dan sepatutnya tunggu video penuh siap disunting.

Dia juga kata orang lain patutnya chill je sebab nama pun Halloween kan….

"Semua orang jadi watak/karakter terkenal bila sambut Halloween. Saya amatur je, sebab tu (make up) muka (Rosmah) berketul-ketul (tak rata)."

Sekali pandang memang nampak betul macam Rosmah. Terkejut admin tadi bukak twitter keluar video ni. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.