Header Ads

Kemunculan Imej DS Najib Dalam Drama Korea Mencuit Hati Netizen


Wahh semakin famous ni. Hari tu muncul artwork DS Najib dalam MV Falling In Love, terbaru ni muncul lagi muka DS Najib dalam drama korea Terius Behind Me. 

Drama berkenaan menampilkan dua pelakon popular Korea Selatan, Kwon Young-Shil dan Kim Bon. Imej Datuk Seri Najib hanya muncul untuk tempoh beberapa saat sahaja dalam drama tersebut


Walaupun imej beliau hanya muncul pada skrin televisyen yang secara kebetulan terakam semasa penggambaran drama berkenaan, ia sudah cukup untuk mencuit hati netizen Malaysia sehingga tweet asal berkenaan berjaya mendapat lebih 14 ribu retweet.


Imej beliau yang terakam di dalam drama berkenaan dipercayai ketika beliau hadir di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi keterangan membabitkan beberapa pertuduhan yang dihadapinya ketika ini.


Bagi anada yang nak lihat sendiri betul ke ada gambar DS Najib ni boleh lihat dalam drama Terius Behind Me episod 9. Admin pon layan drama ni tapi tak perasan pulak ada gambar DS Najib ni. Pergh hebat betul netizen sorang ni, mata macam helang.

Sumber : Twitter Eggsoo_

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.