Header Ads

"Kalau Majlis Sebenar Mesti Saya Letak Sekali Gambar Keluarga"- Izreen Azminda


Pelakon Izreen Azminda dan suaminya, Muhamad Radzi Abdul wahid atau Ude, berkongsi gambar-gambar mereka di majlis resepsi yang diadakan di Villa D'Acqua, Masjid Tanah, Melaka, pada malam Selasa, Sinar Harian.


Gambar persandingan tersebut dikongsi sendiri oleh Izreen di Instagramnya. Dari Gambar tersebut Izreen telah mengenakan tiga persalinan sempena majlis tersebut.Busana putih yang lazim dikenakan pada majlis nikah, diikuti dengan persalinan tradisional songket berwarna ungu dan persalinan moden berwarna keemasan. 


Menerusi Roti Kaya, Izreen menjelaskan itu bukanlah majlis perkahwinan seperti yang didakwa. Sebaliknya, hanya sesi fotografi yang ditaja oleh penaja.

"Itu bukan majlis kahwin tetapi acah macam majlis sebenar. Ia hanya sesi fotografi untuk kenangan saya dan suami. Jadi, janganlah fikir yang bukan-bukan pula. Saya sudah jangka perkara ini mesti kecoh. Malah, ada yang tuduh bukan-bukan. 


"Ingin dijelaskan, penaja mahu sesi fotografi dibuat seperti majlis perkahwinan sebenar iaitu malam berinai, nikah dan resepsi. Apatah lagi selepas berkahwin tahun lalu saya tidak pernah ada gambar rasmi perkahwinan," katanya.

Gambar persandingan mereka di Instagram semalam turut menimbulkan tanda tanya mengenai keluarga Ude Wahid yang tidak hadir. Hingga ada dakwaan mengatakan keluarga Ude memboikot ‘majlis’ tersebut.

“Kalau perasan mana ada gambar tetamu dimuat naik. Secara logik, kalau majlis sebenar mesti saya letak sekali gambar keluarga. Mustahil saya tidak menjemput mereka ke majlis saya jika betul ia diadakan,” jelasnya.




Apa-apa pun memang cantik gambar kahwin mereka, ada nampak kebahagian di setiap gambar. Admin harap semoga meraka berbahagia kekal ke akhir hayat.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.