Header Ads

"Kalau macam ni diperlakukan, saya tak mahu anak saya jadi tentera lagi"


Ternyata kes penderaan terhadapat anggota tentera masih wujud dalam masyarakat sekarang. Kalau bukan kena dera dengan jurulatih pasti kena dera dengan senior. Walaupun dah dapat warning daripada pihak berkuasa tapi kes dera macam ni masih tetap berlaku.

Menurut Harian Metro, seorang anggota tentera Syed Mohamad Naim, 20 yang dipaksa jurulatih dan seniornya untuk rendam kaki dalam air panas dengan alasan dapat mengubati penyakit cagu. Kakinya dilaporkan melecur 20%! Usihhh ini memang air betul-betul panas ni, bukan jenis suam-suam. Menurut Syed kejadian itu memang berlaku dalam kem tentera!


Bapa mangsa Syed Mohd Nadzri Abd Jakil, 44 berkata dia mahu anaknya menamatkan perkhimatan dalam tentera jika begini diperlakukan.

“Saya nak keluarkan anak saya dari tentera, walaupun dia masih ada hati untuk terus berkhidmat namun saya kalau boleh memang tidak mahu lagi dia berkhidmat sebagai anggota tentera jika begini dia diperlakukan.

“Laporan polis juga sudah dibuat dan saya juga melantik peguam kerana mahukan keadilan serta pembelaan terhadap anak saya,” kata Syed Mohd Nazri.


Awalnya bapa mangsa ingatkan anak nya hanya mengalami kecederaan ringan sahaja tapi dia sendiri terkejut melihat kaki anaknya nya yang melecur sampai ke betis.

“Anak saya pada mulanya tidak mahu memberitahu apa yang berlaku kepadanya sehingga saya memaksanya dan akhirnya dua minggu selepas kejadian baru dia memberitahu diperlakukan seperti itu,” kata bapa mangsa.

Kejadian ini berlaku 14 Ogos lalu, mangsa yang pada masa itu baru 7 bulan bertugas dalam kem terbabit telah dikejerkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kerana mengalami melecur yang teruk dan kulit kakinya mengelupas selapas direndem dalam baldi yang berisi air panas bersama garam.


Walau bagaimanapun, mangasa telah pun menjalani 2 kali pembedahan dan terpaksa tinggal dia wad untuk jalani rawatan fisioterapi bagi membolehkan dia berjalan semula.

Ibu mangsa sering menagis melihat anaknya yang dulu aktif kini tidak boleh berjalan dan hanya terlantak dikatil.


Ishh teruk melecurnya sampai mangsa tak boleh nak berjalan. Diharapkan mangsa cepat sembuh dan kes ini dapat diselesaikan dengan adil.

Sumber : Facebook Malaysia Response Team

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.