Header Ads

"Kalau lelaki komen macam ni terus dicop pervert, tapi perempuan komen boleh pulak!"


Beberapa hari lepas tular satu tweet gambar lelaki berpakaian seperti spiderman. Niat upload gambar ni sebab nak tunjuk betapa bersungguhnya dia ambil gambar kawannya sampai sanggup baring atas lantai.


Yang jadi isunya lepas gambar tu di upload ramai pulak kaum perempuan mengomen dekat situ. Bukan komen biasa-biasa tau. Dari komen tu nampaknya perempuan lebih tertumpu pada bahagian punggung si lelaki tersebut.


Rata-rata netizen mengkritik komen gadis-gadis tersebut sampai ada menyifatkan orang perempuan bertudung zaman sekarang semakin murah dan tidak beradap. Ibarat pakai je tudung tapi otak kuning.


Bukan itu sahaja ada jugak kaum lelaki yang sempat perli orang perempuan yang dikatakan sangat defensive kalau isu gangguan seksual. Tapi kalau orang lelaki pulak yang kena, orang perempuan tak dipersalahkan pun.


Agak-agak boleh dipanggil macam gangguan seksual jugak ke kalau gadis drop komen nakal macam tu dengan orang lelaki. Rasanya lepas ni orang perempuan kalau nak komen gambar lelaki jangan lah gatal sangat, sebab dari situ kita boleh nampak betapa mudahnya harga diri seorang permpuan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.