Header Ads

"Kalau Gigi Berlubang Tampal Je Jangan Cabut"


Gigi merupakan benda penting yang harus kita jaga. Kalau sakit perghh rasa dia boleh lemah satu badah silap hari bulan boleh demam terus. Namun ramai yang suka ambil langkah mudah, kalau gigi rosak cabut je terus. Memanglah rasa lega sebab satu beban dah hilang tapi ia boleh memberikan kesan pada masa yang panjang tau.

Seorang doktor pergigian Iqbal Rosli tampil kongsikan 6 kesan masa panjang bagi yang suka cabut gigi.

“Kalau gigi berlubang dan sakit, korang mahu tampal gigi itu atau dicabut sahaja? Apa kesan masa panjang kalau suka cabut gigi, dan tak diganti gigi yang dicabut itu?”

1. Gigi bertentangan akan terlebih tumbuh, sebab tak ada gigi berlawanan untuk digigit.


2. Gigi bersebelahan akan menjadi senget


3. Gigi akan menjadi jarang, sebab gigi lain akan mengisi ruang gigi yang dicabut


4. Gigi depan menjadi jongang, selalu jadi bila gigi geraham dicabut, dan hanya tinggal gigi depan untuk mengunyah makanan.


5. Gusi semakin mengecut


6. Muka nampak lebih tua


“Kalau boleh, janganlah fikir asyik nak cabut gigi sahaja. Mencabut gigi dan diganti dengan gigi palsu, tak akan sama perasaannya dengan ada gigi yang sebenar walaupun sebahagiannya rosak dan ditampal.”

Sebab tu lah dia lebih galakkan kita untuk tampal gigi yang berlubang tu. Cuma ada yang tak nak sebab risau akan sakit juga, kalau sakit juga sebenarnya:

“Mungkin telah berlaku jangkitan pada bahagian saraf. Pilihan untuk selamatkan gigi ialah membuat rawatan akar”

Ini hanya sekadar perkongsian. Nak cabut atau tak terpulanglah pada anda. Tapi sebagai langkah pencegahan elok korang jaga gigi baik-baik, agar kita boleh guna sampai ke tua nanti.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.