Header Ads

“Kakak saya dijumpai sedang memeluk ayah"- Kisah Menyayat Hati Mangsa Gempa Sulawesi


Apa yang tejadi di Pulau Sulawesi pasti membuatkan ramai yang bersedih dan bersimpati diatas bencana yang terjadi kepada mereka. Hanya dengan sekelip mata mata mereka bukan sahaja kehilangan tempat tinggal malah mereka juga kehilangan ahli keluarga tercinta. Lebih memilukan melihat anak-anak kecik yang menjadi yatim piatu.

Kanak-kanak lelaki tidur di jalanan di Kota Palu – Foto AFP

Dipetik dari Siakap Keli, seorang lelaki yang terselamat dalam bencana itu di daerah Petobo baru-baru ini memberitahu bagaimana dia menemui mayat bapa dan kakaknya yang sedang berpelukan.

Kawasan perkampungan di wilayah Tondo, Parimo, Punglere dan Petobo itu mempunyai ramai penduduk dan dikatakan telah musnah teruk hingga dilaporkan ‘lenyap’, ditenggelami lumpur.

"Kakak saya dijumpai sedang memeluk ayah. Mujurlah ibu saya sempat diselamatkan penduduk kampung sewaktu sedang bergelut dalam lumpur," ujar Edi Setiawan.

Edi juga berkata dia turut membantu penduduk kampung untuk menyelamatkan kanak-kanak dan orang dewasa. Mereka juga sempat menyelamatkan seorang wanita mengandung yang terperangkap di dalam lumpur sewaktu bencana itu menimpa.

Puteri Pratiwi – Foto CNN

Seorang lagi mangsa, Puteri Pratiwi menceritakan detik cemas ketika dia dan sepupunya terjatuh ketika sedang melarikan diri apabila gempa bumi itu berlaku.

"Sewaktu gempa, saya berlari laju bersamanya dan sewaktu jatuh saya menjerit kepadanya, cepat lari laju, cepat! Kami berlari dan saya sempat berpaut pada tiang manakala sepupu saya  dihanyutkan tsunami dan terkorban" ujarnya kepada CNN sewaktu ditemui di hospital di Palu.

Nurjati Katili bersama anak saudaranya Mohammed – Foto CNN

Sementara itu, seorang lagi mangsa iaitu Nurjati Katili kini terpaksa menjadi penjaga anak saudaranya Mohammed yang berusia 7 tahun. Kanak-kanak malang itu terlalu sedih kehilangan ibu dan adik dalam bencana tersebut hingga hilang selera makan.

”Dia sangat sedih dengan apa yang menimpanya. Dia beritahu saya dia sangat mengingati keluarganya yang hilang,” kata Nurjati kepada CNN.

Perkampungan nelayan di Donggala pula, semua orang tidak berhenti mencari ahli keluarga mereka masing-masing setelah rumah mereka runtuh.

Seorang penduduk, Andi Rainaldi dan isterinya Flarahanie memberitahu ABC News tidak ada satu rumah pun di Boya yang terselamat dari bencana itu.


Dalam tragedi itu, tujuh ahli keluarga Andi hilang termasuklah anak bongsunya yang ditemui mati di sebuah masjid tempatan.

“Saya pun tak cam wajah anak saya, cuma cam pakaiannya sahaja,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, gempa bumi bermagnitud 7.5 skala richter menggegarkan Kota Palu dan Donggala sehingga menyebabkan berlakunya tsunami, serta turut disusuli lebih 250 gempa susulan setakat ini.

Angka korban kini meningkat kepada 1,234 mangsa. Jumlah berkenaan dikhuatiri terus meningkat dan usaha pencarian tetap akan diteruskan di beberapa kawasan yang tidak dapat dijejaki sebelum ini.

Sumber : Mirror.Uk

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.